CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tutup buku, Ruhainies sudah putus dengan Aliff Aziz

6-5-2024 10:34 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 25642| Komen: 108



Tutup buku lama, bina hidup baharu.

Pelakon sensasi Ruhainies akui tidak lagi berhubung dan dengan penyanyi Aliff Aziz sejak kontroversi skandal hubungan mereka menjadi bertambah parah.

Tanpa memperincikan bila kali terakhirnya mereka berkomunikasi, Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, hanya mahu menumpukan fokus kepada karier selain melupakan kontroversi tersebut.

“Tiada lagi berhubung dengan Aliff. Buat apa nak keruhkan lagi. Saya nak tutup buku.

“Saya pun dah minta maaf. Rasanya semua pihak boleh move on. Tiada keperluan untuk saya hubungi dia lagi.

“Jadi fokus saya sekarang adalah karier. Apa yang saya boleh katakan, saya tak mahu memanjangkan isu ini,

“Saya tak mahu isu ini jadi lebih panjang. Bila ada kenyataan baharu, takut tiada penghujung,” katanya semasa Majlis Rumah Terbuka FiziWoo di sini hari ini.


Ruhainies atau lebih mesra disapa Anis itu mengakui ada menghubungi isteri Aliff, Bella Astillah susulan permohonan maafnya tidak diendahkan.

Ruhainies yakin Bella sudah pun sedia maklum dengan permohonan maaf dibuat secara terbuka menerusi sebuah media baru-baru ini.

“Saya pun dah minta maaf. Rasanya semua pihak boleh move on. Tiada keperluan untuk saya hubungi dia lagi.

Ditanya mengenai dakwaan berkomplot dengan Aliff untuk menjatuhkan Bella Astillah, Ruhainies enggan memilih untuk tidak mengulas dengan lebih lanjut.

“Itu adalah pendapat siapa? Bukan saya. Saya tak boleh nak cakap lebih. Kalau saya menidakkan, orang cakap memang saya buat.

“Benda itu di luar kawalan saya. Saya tak mahu tegakkan apa-apa lagi,” ujarnya lagi.

Krisis Aliff dan Ruhainies mula menjadi perbualan ramai apabila mereka ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah pada 9 Mac lalu.

Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.

Tidak lama selepas itu, muncul pula seorang wanita Singapura, Sarah Yasmine yang mengaku menjalin hubungan cinta dengan Aliff sejak Januari lalu.

Keadaan menjadi bertambah kecoh apabila Sarah dilihat menyebarkan segala perbualan WhatsApp antara Aliff dan Ruhainies yang mendakwa mereka bercinta, selain dikatakan menggunakan Aliff untuk menjatuhkan Bella.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4. 

Sumber -KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Manusiabesa 6-5-2024 10:37 PM
Bising ahh kelkatu ni
Quote azimodin 6-5-2024 10:43 PM
Senang je bak suruh orang move on eh..  hei biatch, yang makan hati & kena kejar dengan press masa ko kena cekup tu bukan ko. Yang kena explain kat anak2 kemana bapak dorang menghilang tu bukan ko. Yang kena hadap mak mertua biased tu bukan ko.
Quote pocongkiutss 6-5-2024 10:43 PM
Eh bukan mmg takde pape ke..kwn je kan? Juz having fun je bukan ada hubungan ..bak kata pembenak
Quote Farnor 6-5-2024 10:45 PM
Yeke? Ke masih brhubung dlam diam2 jerr
Quote doubleA 6-5-2024 10:49 PM
Asal minta maaf kira setel ke? Camtu musnahkan org, aniaya hidup org tak bersalah, zalim kt org lain cukup dah minta maaf, setel? Simple math ruru ya. Ko boleh la move on, bapak gula standby. Hidup org lain yg ko dah musnahkan tu? Semoga kurma hits you cash. Dan alep juga, both busuk hitam kelam sgt perangai
Quote nolya 6-5-2024 10:52 PM
Nanti dulu wei. Awak nak tutup buku, tapi takkanlah jabatan agama pun nak suruh tutup buku. Semua orang sedang menanti buku mahkamah untuk dibaca.  Lum khatam lagi cerita lagi ni.  
Quote primarikey 6-5-2024 11:00 PM
Ada ke yg percaya dgn ckp dia ni
Quote Cikizz 6-5-2024 11:04 PM
Apo. Senang je dia suruh orang move on. Macam benda dia duk khianat kawan, sondol laki kawan tu benda kecik2 je.
Quote Rogue98 6-5-2024 11:09 PM
Amboiii... senang nye... nak tutup buku... nak happy... nak semua pihak move on...lupa ke convo dia dgn alip tersebar.. perangai sebenar dia pun org dah tau.... Kau membabikan Bella pastu expect dia maafkan kau.
Quote nsmy 6-5-2024 11:12 PM
Ermmmmmmmmmm....
Quote ues1331 6-5-2024 11:20 PM
bini topibasi takde nak suruh minah ni melutut depan bella ke?
Quote divalaura 6-5-2024 11:31 PM
tiberrr putus..
dia ni tak lawa pun..harapkan kulit cerah je..
kakak dia walaupun sendu tapi lawa lah sikit
Quote Hoola 6-5-2024 11:34 PM
baguihlah katup buku
tu br di donia

akhirat nun ada lg buku tauu
jgn lupaaa
buku tu tulis mcm2 lg tau

#doneperingatahuntukdirisndiri
Quote Myhappyending 6-5-2024 11:37 PM
Dia ni memang takde malu walau setitis zarah ke?
Quote bambimo 6-5-2024 11:38 PM
I is kagum la...dia boleh keluar jumpa media..cm tak de apa2...
Family dia pn mesti OK nk mengadap time raya sedara mara
Quote Raman 7-5-2024 12:04 AM
Betul ke dah tutup buku ni…
Quote rayna_raynes 7-5-2024 12:21 AM
Kelakar, mintak maaf macam baru je tertumpahkan air member tu,
Padahal baru meruntuhkan masjid(although memang dah nak sedia roboh pun) member tu
Quote lolipopmanish 7-5-2024 01:00 AM
Tak caye haku dah takde pape

Quote 8Queen8 7-5-2024 02:21 AM
Kalau dah selalu menipu, back stabbing best friend. Siapalah nak percaya lagi dengan perempuan muka tembok ni.

Jangan kata dah x bercakap dengan Aliff, ko dah janji dan plan macam2 untuk dia.
Aliff dah jatuh sekarang ni.
Bulan Jun kes kalwat siapa nak bayar lawyer. You dah plan,.janji kena tepati.
Tak baik dump dia gitu saja.

Lihat semua komen(108)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.038192 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top