CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Coretan Ellie Suriaty Buat Bella Astillah Buat Ramai Sebak – ‘Luka Itu Harus Diubati Adik Sayang’

6-5-2024 06:54 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7992| Komen: 14


Ramai rakan-rakan seindustri menzahirkan sokongan terhadap pelakon dan penyanyi iaitu Bella Astillah susulan ujian berat yang dihadapi selepas suaminya, Aliff Aziz didakwa curang berkali-kali sepanjang perkahwinan mereka.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Ellie atau nama penuhnya Ellie Suriaty Omar berkongsi momen bersama rakan-rakan artis antaranya Bella Astillah, Rozita Che Wan, Erma Fatima dan Datuk Ziela Jalil yang dilihat berada di kediaman Datin Seri Umie Aida.


Namun yang menarik perhatian adalah kapsyen pada hantaran tersebut iaitu coretan yang ditulis oleh aktres itu kepada Bella.

"Segalanya adalah resam hidup. Tiada duka yang abadi demi sebuah kehidupan yang lebih membahagiakan untukmu Bella Astillah."

"Maka luka itu harus diubati adik sayang. Allah SWT maha segala."

"Kami di sini for you adik. Senda gurau sahabat handai, abang, kakak-kakak mu dalam dunia industri kreatif bersamamu. Bella tidak sendiri, adik sayang."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh dengan kata-kata semangat dan sokongan yang diberi Ellie kepada Bella. Dalam masa yang sama, mereka turut mendoakan agar Bella dapat menjalani dugaan tersebut dengan baik.

"Sebak baca ayat-ayat Ellie. Teruskan hidup kehadapan ya Bella. Jangan mundur-mundur, be strong. Bestnya ramai yang sayang, syukur."

"Banyak yang sayang Bella. Alhamdullilah, kalau kita baik ramai yang sayang."

"Sebaknya baca curahan hati Ellie. Tengok Bella senyum tu pun menyiksa jiwa, sebab nampak dalam diri dia banyak menyimpan kesedihan, mamanya juga sama."

Terdahulu, Bella mendakwa Aliff telah berlaku curang. Lebih parah lagi, aktor yang berasal dari Singapura itu didakwa pernah menjalin hubungan cinta bersama adik iparnya, Eriqa Astillah.

Bella kemudian memfailkan perceraian pada 13 Mac lalu selepas Aliff dan Ruhainies ditangkap berkhalwat di sebuah kondominium mewah.

Bella sebelum itu mengaku ‘menggunakan’ pelakon baharu, Muaz Zabir untuk membuat suaminya cemburu. Ia susulan tersebarnya foto dan perbualan mesra mereka di media sosial.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Sumber: IG Ellie Suriaty/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sansa.Stark 6-5-2024 11:26 PM
bila nak habis cite bella ni..tak ada cite baru ke
Quote jalfa 7-5-2024 12:53 AM
Nabellah for artis paling popular tahun ni...semua retis nak himpit
Quote Shayang 7-5-2024 05:44 AM
Sansa.Stark replied at 6-5-2024 11:26 PM
bila nak habis cite bella ni..tak ada cite baru ke

Tu tanya la media knp asik nk follow cite ni sbb setau aku bella dah tak beri apa2 kenyataan dah
Melodi duk kejar dia pun dia jawab nk comment so aku hrp minggu ni dah boleh la senyap kes dorang ni melainkan masih ada yg mengulas lagi
Quote LaskarHijayu 7-5-2024 05:59 AM
Camtu pon sebak ????
Quote lyshafull 7-5-2024 06:56 AM
X yah sedih la kak dia tgh mendunia skang nie
Quote prince_marhaen 7-5-2024 09:13 AM
Nek Erma Si Ular pun ada..... boleh plak lepak2 ngan Bella lepas kata tak kisah amik kemut & putik berlakon.... sheols pun track record pencaras jugak kan, caras tunang nek Ella & bf Raja Kekma kan??? pastu dia yang suka bawak masuk retis sangkak singapore masuk sini berlakon........ yih~~
Quote tidak_kelihatan 7-5-2024 11:02 AM
jalfa replied at 7-5-2024 12:53 AM
Nabellah for artis paling popular tahun ni...semua retis nak himpit

bila ada retis yg tunjuk ala2 tak suka kat dia, mesti x lama pastu dia angkut kaum kerabat dtg 'jumpa' org tu

endingnya, gini la...selfie laga2 pipi, video ciom2..nak menunjukkan "org ni di pihak aku skrg"


Quote dewi_rina 7-5-2024 11:02 AM
Takyah sedih, bella dah dapat kereta chery..
Quote petit-saconnex 8-5-2024 12:30 AM
semua acik nak menempel
Quote Yoonggi 8-5-2024 03:09 PM
eleh, baca tu pun sebak ke?
Quote Noraniza_Iblis 8-5-2024 03:21 PM
terus tenggelam ek kes birahh sheolss ngn muaz..
ayatt mcm terpalinggg isteri solehah sgt...
Quote jalfa 8-5-2024 03:27 PM
Edited by jalfa at 8-5-2024 03:29 PM
tidak_kelihatan replied at 7-5-2024 11:02 AM
bila ada retis yg tunjuk ala2 tak suka kat dia, mesti x lama pastu dia angkut kaum kerabat dtg 'ju ...


Dah dapat job dengan acik erma..mbah dukun bagitau..haha..tak sesia pergi open house mbah dukun
Quote pocongkiutss 8-5-2024 03:50 PM
Acik ni pun ada pengalaman..

Kena sondol dgn Datuk paduka Dr Azra Diera pingat atas meja wokeh
Quote tidak_kelihatan 8-5-2024 04:41 PM
jalfa replied at 8-5-2024 03:27 PM
Dah dapat job dengan acik erma..mbah dukun bagitau..haha..tak sesia pergi open house mbah dukun

macam tu je kemek berjaya menghasut ye

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.161595 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top