Selepas lebih dua bulan mengikat tali pertunangan, pelakon Afifah Nasir semalam selamat bergelar isteri kepada Syed Hariz. Berita pernikahan itu disahkan oleh kakak Afifah sendiri iaitu selebriti popular, Anzalna Nasir. Difahamkan, majlis pernikahan berlangsung di Hotel The St. Regis, Kuala Lumpur. Namun, rata-rata daripada netizen mempersoalkan busana yang dipakai Afifah untuk majlis akad nikah yang dianggap terlalu ‘terdedah’. Dalam beberapa perkongsian foto dan video di media sosial, Afifah dilihat menyarung gaun berwarna putih yang menunjukkan bahagian lengan dan dadanya. Netizen merasakan ia tidak sesuai untuk dipakai sewaktu hari pernikahan dan Afifah sepatutnnya ada rasa hormat terhadap orang-orang yang hadir untuk mendoakan kebahagian mereka. Kredit: Instagram Sinarplus | TikTok/OhMedia |
vanillaninja replied at 6-5-2024 03:50 PM
Kekdahnya mak pak sheols pun tak heran??
ADVERTISEMENT