CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Faisal Halim dijangka terlepas lawan Kyrgyzstan, Taiwan bulan depan

6-5-2024 03:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4001| Komen: 17


Kuala Lumpur: Harimau Malaya bakal berhadapan tugas berat apabila tonggak penting, Faisal Halim dijangka terlepas baki perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 /Piala Asia 2027 yang akan berlangsung bulan depan.

Faisal yang menjadi mangsa disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah, semalam mengalami kecederaan serius di beberapa bahagian belakang badan dijangka perlu berehat lebih lama dan tidak dapat beraksi menentang Kyrgyzstan pada 6 Jun dan Taiwan pada 11 Jun.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pemain Selangor FC itu perlu melupakan seketika dunia bola sepak dan fokus kepada pemulihan dirinya.

"Beliau dalam keadaan sedih, tapi Insya-Allah saya rasa beliau berjiwa kental.

"Yang pentingnya saya kata kepada Faisal tadi (semalam), lupakan seketika bola sepak untuk pastikan beliau cepat sembuh dalam tempoh beberapa bulan mendatang selepas terkena asid pada badan beliau," katanya selepas melawat Faisal di sebuah hospital di Damansara, malam tadi.

Kejadian seorang lagi pemain kebangsaan, Akhyar Rashid disamun dan dipukul turut memberi kesan amat mendalam buat Hamidin kerana mereka adalah tonggak penting kepada skuad negara.

"Saya berpendapat bagi pihak diri saya mahupun FAM, berasa sedih dan kesal. Perkara ini terjadi kepada dua pemain dan kedua-dua ini adalah pemain kebangsaan iaitu Akhyar Rashid dan Faisal Halim.

"Kita harap siapa yang bertanggungjawab itu dapat dikenali pasti agar pihak berkuasa boleh mengambil tindakan secepat mungkin.

"Saya dan seluruh peminat peminat bola sepak mendoakan supaya Faisal dan Akhyar cepat sembuh," kata Hamidin.

Situasi itu sudah pasti akan meresahkan perancangan ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon dalam usaha untuk mendapat dua kemenangan pada dua perlawanan penting itu.

Faisal ketika ini sedang menerima rawatan di salah sebuah hospital di Shah Alam.

Khamis lalu, Akhyar turut menjadi mangsa samun dan mengalami kecederaan di bahagian kaki serta didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompet.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 6-5-2024 04:23 PM
Kesian faizal ni. Main ok lah, elok gak dia main. Laju je dia bawak bola

Ada netizen syak kes sabo. Baru ni pon ada pemain bola sorang tu kena pukul kn.
Quote chacon 6-5-2024 11:32 PM
SalenaGomez: Kesian faizal ni. Main ok lah, elok gak dia main. Laju je dia bawak bolaAda netizen syak kes sabo. Baru ni pon ada pemain bola sorang tu kena pukul kn ...


macam2 speku...yg penting pemain2 HM ni aset negara. dah tak selamat nak jalan2 tanpa bodyguard macam dulu....

Quote grouper 6-5-2024 11:49 PM
Ada ke xde dah tau result nya
Quote Maria_Juana 7-5-2024 01:53 AM
Betul ka beliau sedang bertarung nyawa Dallas ICU? [[em:9:]em:9:][em:9:][em:9:]
Quote stingergrumpy 7-5-2024 03:54 AM
Latest update...lecuran tahap 4 dan bukannya tahap 2 seperti yg disyaki pada awalnya....serious ni.....having to go through at least another 2 pembedahan.....and may take longer than 6 mths of the road to recovery.

Quote stingergrumpy 7-5-2024 04:00 AM
Faisal melecur tahap 4, pergerakan dan percakapan terbatas - Shahril
06 MAY 2024

Source:Sinar Harian
Quote pokokmeranti 7-5-2024 07:48 AM
SalenaGomez replied at 6-5-2024 04:23 PM
Kesian faizal ni. Main ok lah, elok gak dia main. Laju je dia bawak bola

Ada netizen syak kes sabo. ...

Sabo tu apa? kesabaran?
Quote SalenaGomez 7-5-2024 07:53 AM
pokokmeranti replied at 7-5-2024 07:48 AM
Sabo tu apa? kesabaran?

Hahahah sabo tu sabotaj
Quote monreyes 7-5-2024 08:02 AM
tempat kena asid tu makan dlm.. kena korek buang daging yg rosak..ganti dgn daging tiruan import dari US..at least 2 thn baru sembuh + trauma seumur hidup
Quote B40tastePosh 7-5-2024 11:14 AM
Patut lah ramai jeles hensem dan hitam manis perilis
Quote beni_nikaido 7-5-2024 11:28 AM
b*b* betul la pelaku tu.
ape keji sangat simbah2 asid ni?
kesian FH ni
dia main bola padu dah. dia tengah up, fit sekarang ni.
speedy recovery ye FH.
Quote renko 7-5-2024 11:40 AM
lahai berita pun bangang
kena asid kot
lg nk expect main bola dlm masa sebulan ke
sah2 la xleh join aktiviti fizikal la
Quote vanillaninja 7-5-2024 11:43 AM
Dekat X dah ada orang share screenshot someone yang claim pelaku tu rapat dengan orang tinggi from the South. Chuols pergi la tengok.
Quote sara_thrash 7-5-2024 11:49 AM
bukan dijangka lagi dah tapi memang dah kompem banyak game yang dia akan terlepas.. kesian betul dia
Quote sara_thrash 7-5-2024 12:04 PM
vanillaninja replied at 7-5-2024 11:43 AM
Dekat X dah ada orang share screenshot someone yang claim pelaku tu rapat dengan orang tinggi from t ...

i baca ig stories. risau plak dgn individu yg berani expose tu

Quote vanillaninja 7-5-2024 01:51 PM
sara_thrash replied at 7-5-2024 04:04 AM
i baca ig stories. risau plak dgn individu yg berani expose tu

Heols polis kan? Berani ye. Siap cakap heols bakal kena simen
Quote AJENALI 7-5-2024 03:52 PM
Apa ig nya sistur?

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.229381 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top