CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kabinet Israel lulus penutupan Al Jazeera

6-5-2024 03:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3130| Komen: 1



Baitulmaqdis: Kabinet Israel secara sebulat suara meluluskan penutupan pejabat dan saluran televisyen Al Jazeera di negara ini pada Ahad, lapor Xinhua.

Di bawah keputusan itu operasi Al Jazeera dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris di Israel boleh dihentikan bagi tempoh awal selama 45 hari dengan kemungkinan untuk beroperasi kembali tidak diketahui.

Sebaik sahaja usai mesyuarat kabinet itu, Menteri Komunikasi Shlomo Karhi menandatangani dekri bahawa secara rasmi organisasi berita berpangkalan di Qatar itu tidak lagi dibenarkan beroperasi di Israel.

"Sesiapa yang menghasut terhadap negara Israel … tidak lagi akan bersiaran dari Israel dan kelengkapannya akan disita," Karhi berkata dalam rakaman video yang dihantar ke laman X, dahulunya Twitter.

Tindakan itu diambil selepas Parlimen Israel atau Knesset meluluskan satu undang-undang pada April yang memberikan kuasa kepada Kabinet untuk menutup siaran luar di Israel sekiranya Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menganggap mereka berdasarkan pendapat perkhidmatan keselamatan Israel, merupakan satu ancaman kepada negara.

Sudah sekian lama Israel mendakwa Al Jazeera mempunyai hubungan rapat dengan Hamas yang dinafikan saluran televisyen itu dan pendirian pro-Palestin dalam liputan mengenai tindakan Israel di kawasan yang diduduki di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sansa.Stark 6-5-2024 11:27 PM
serakus2nya undang2 dunia dirogol israel tapi semua tak berkutik

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.035852 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top