CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Kebenaran Pasti Akan Menang!’ – Ruhainies

6-5-2024 03:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10409| Komen: 64


Selepas terpalit dengan kes ditangkap berkhalwat, apa sahaja yang dikongsikan oleh pelakon sensasi Ruhainies di media sosial miliknya pasti menyorot perhatian wargamaya.

Terbaharu, Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas memuat naik nota ringkas di Instagram Notes dengan menyebut “the truth will prevail”.

Jika diterjemahkan, nota tersebut membawa maksud “kebenaran pasti akan menang”.


Selain itu, aktres berkenaan turut menggunakan lagu berjudul ‘Stolen’ nyanyian penyanyi antarabangsa Jay Sean sebagai muzik latar.

Bagaimanapun, maksud sebenar yang ingin disampaikan dan kepada pihak mana yang ingin ditujukan tidak diketahui.


Imbas semula, pada 9 Mac lalu, Ruhainies dan Aliff ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan Wilayah (Jawi) di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu kota.

Rentetan kejadian tersebut, isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah mengambil keputusan memfailkan cerai terhadap suaminya secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac namun aktor itu enggan menceraikannya.

Tidak terhenti di situ, kemelut antara mereka bertambah rumit apabila tiba-tiba muncul seorang wanita bernama Sarah Yasmine yang mengaku kekasih Aliff dan mendakwa sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.

Lebih mengejutkan lagi, wanita tersebut turut mendedahkan beberapa tangkapan skrin layar perbualan antara Aliff dan Ruhainies dalam rancangan mereka untuk menjatuhkan Bella.

Tidak lama kemudian, Ruhainies menerusi muat naik di Instagram membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Bella dan ingin menamatkan sengketa antara mereka.

Selepas itu, Aliff pula muncul dalam sebuah podcast The Common Folks SG dengan menceritakan kronologi yang berlaku membabitkan beberapa pihak termasuk Bella, Ruhainies, Sarah Yasmine dan Muaz Zabir.

Sumber: Instagram Ruhainies/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 6-5-2024 03:10 PM
Diam je la NRF pun. Tak payah nak tegakkan benang yang basah la. 1 Malaysia tau chuols salah. That's the truth
Quote azimodin 6-5-2024 03:23 PM
Bitch be like "delulu is solulu"
Quote Hoola 6-5-2024 03:24 PM
xpe
ko mkn jelah eskrem tu nnti meleleh
ntijem smbung mkn popcorn entah yg dh ke brapa barrel asyk tnmpk berita korg je ni dr blm posa ke ry lps ni nk ry hj pula
Quote Yaya04 6-5-2024 03:40 PM
Tak serik lagi. Memang diri sendiri yg nak buka aib
Quote Acik2kepam 6-5-2024 03:46 PM
Tak paham apa kebenarannya?
Maksudnya kes khalwat ke?

Dah2 la tu baik update pasal kerjaya jer
Takkan cuti raya panjang sgt
Quote jihyomelly 6-5-2024 03:49 PM
tak abih nak tegakkan batang skandal yg basah …haaa kan aku nak mula mencarut..benang jadi batang..
Quote IRZeeBuk 6-5-2024 04:02 PM
kebenaran ke tak kebenaran ke..

Kau tetap org ke-3 dalam rumah tangga orang
ko kena sedar tu
Quote noor2 6-5-2024 04:23 PM
Diani masih x minta maaf dgn Bella kan?...tulis je la minta maaf pun dia x nak kan?
Quote Farnor 6-5-2024 04:24 PM
Semoga tersungkur dengan alif putik sekali
Quote haniasyira 6-5-2024 04:30 PM
Eiiiii jijik pompuan mekap sekati ni
Quote eslimau 6-5-2024 04:30 PM
dia ni spesis apa ya? memang tak takut betul ye rakyat malaysia banned dia
Quote esteryen 6-5-2024 04:30 PM
noor2 replied at 6-5-2024 04:23 PM
Diani masih x minta maaf dgn Bella kan?...tulis je la minta maaf pun dia x nak kan?

tulis minta maaf pun selepas di exposed oleh SY.
dia ni kan mmg super jijikss
Quote mamapea 6-5-2024 04:33 PM
bnyk bunyi ye...x reti ke dok diam2...
Quote noor2 6-5-2024 04:34 PM
esteryen replied at 6-5-2024 04:30 PM
tulis minta maaf pun selepas di exposed oleh SY.
dia ni kan mmg super jijikss

Ada eh?...cane ayat dia...
Quote KelisaSilver 6-5-2024 05:59 PM
mmg la kebenaran akan menang. sbb ko yg kalah. apa la punya kemek. tak malu ke? mana la nak letak muka ko tu.... hmmm. tu pu ko balik umrah Allah dah tunjuk kan? masih lagi terpaling?
Quote Aribaariba 6-5-2024 06:17 PM
Geli ah dia ni
Quote Yoonggi 6-5-2024 06:33 PM
Dia ni never learned anything nmpknya
Quote SedihPedih 6-5-2024 06:35 PM
Tahap delulu dia ni mmg lebih tinggi dr langit ke 7
Quote bambimo 6-5-2024 06:58 PM
Edited by bambimo at 6-5-2024 07:00 PM

Entahlah anis even ko d pihak betul pun.. xsemudah tu nama ko nk wangi cm dulu...sikirinshot tu tells everything dah
Sayang tau
Elok2 ko Ada potensi nk jd Datin cm IN berkuda dkt NZ...berkuda je la kondo pavi tu..

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.136714 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top