CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dakwaan bina kasino di Forest City: Polis akan panggil beberapa individu lagi

6-5-2024 02:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3485| Komen: 1

Gambar sekadar hiasan

Kuala Lumpur: Beberapa lagi individu akan dipanggil bagi memberi keterangan berhubung penerbitan artikel mengenai rancangan pembangunan kasino di Forest City, Johor.

Difahamkan, setakat ini, Ketua Pengarang sebuah portal berbahasa Inggeris tempatan sudah dipanggil bagi dirakam percakapannya berhubung penerbitan artikel berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, proses merakam percakapan Ketua Pengarang portal berita berbahasa Inggeris itu dilakukan pada jam 8.30 pagi tadi.

"Beliau meminta untuk proses mengambil keterangannya dilakukan lebih awal dan siasatan lanjut masih dilakukan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman.

"Beberapa lagi individu akan dipanggil dalam masa terdekat untuk diambil keterangan berhubung siasatan berkenaan," katanya ketika ditemui, hari ini.

Terdahulu, Razarudin meninjau beberapa reruai di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC ASIA) 2024 di sini, hari ini.

Sebelum ini, agensi berita antarabangsa, Bloomberg mendakwa kerajaan mempertimbang meluluskan projek kasino di Forest City dan Pengasas Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Kok Thay terbabit dalam perbincangan dengan pihak kerajaan.

Laporan itu disifatkan fitnah oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan Johor dan dua ahli perniagaan terbabit.

Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan berhubung perkara itu mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sansa.Stark 6-5-2024 11:28 PM
apa kes sebenar ni tertinggal ecrl pulak aku...bukan bloomberg yg timbulkan isu ni dulu?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.065322 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top