PETALING JAYA – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj mahu siasatan kejadian yang menimpa pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim turut merangkumi kemungkinan jika ada melibatkan kegiatan kumpulan yang berniat jahat atau keingkaran awam seperti samseng bola sepak atau hooliganisme. Istana Alam Shah menerusi kenyataannya memaklumkan, baginda memandang serius terhadap kejadian membabitkan Faisal yang juga pemain kebangsaan. “Baginda amat kecewa dan menganggap kejadian seumpama ini sebagai melampau kerana melibatkan nyawa ahli-ahli sukan. “Baginda khuatir jika insiden seperti ini jika tidak dibanteras segera, ia akan terus melarat sehingga boleh mengundang perkara lebih buruk pada masa akan datang. “Baginda mendoakan agar Faisal Halim kembali sihat seperti sediakala dan dapat meneruskan khidmat sebagai pemain untuk pasukan Selangor FC,” menurut kenyataan tersebut yang dimuat naik pada Facebook Selangor Royal Office, hari ini.
Dalam pada itu, Istana Alam Shah memaklumkan, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa pihatin dan bimbang susulan kejadian terbaharu berunsur keganasan membabitkan Faisal. “Baginda selaku Penaung Selangor FC dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah sebagai Pengerusi Selangor FC, mengecam sekeras-kerasnya serangan tidak bermoral ini dan mahu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kejadian ini ke akar umbi serta mencari punca sehingga pelakunya dapat ditangkap dengan segera. “Baginda turut menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat untuk tampil memberi kerjasama dengan pihak polis,” kata kenyataan tersebut. Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Faisal menjadi mangsa simbah asid dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah sekitar Petaling Jaya, di sini. Kejadian itu turut disahkan oleh Selangor FC dan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan. Sumber – KOSMO! ONLINE |
Dwdrum replied at 6-5-2024 01:08 PM
Perangai hodoh british juga yang ikut and bawa... Punctuality tidak pernah ikut
monsterwife replied at 6-5-2024 05:17 PM
Sape sis?
kepompong replied at 6-5-2024 07:39 PM
(i tolong jawapkan)
penyimbah asid tu.... kan ikut budaya org england...
The Hooligan Boys (hoo ...
kepompong replied at 6-5-2024 03:39 AM
(i tolong jawapkan)
penyimbah asid tu.... kan ikut budaya org england...
The Hooligan Boys (hoo ...
Dwdrum replied at 7-5-2024 07:59 AM
Simbah asic ini culture ummah south asia... Soccer hooligans la sis...my sister and BIL ini perang ...
ADVERTISEMENT