Perkongsian seorang wanita menerusi laman sosial X meraih perhatian dan mengundang pelbagai respon warganet. Berdasarkan luahannya, wanita itu mengadu buntu bagaimana mahu mengakhiri hubungan sulitnya dengan bekas teman lelakinya yang kini sudah pun berumah tangga. Tambahnya, mereka berdua akui masih saling menyayangi namun pada masa yang sama dia juga enggan melukai hati suaminya. Namun, jelas wanita itu dia dan bekas teman lelakinya tidak melakukan perkara tidak senonoh sebaliknya hanya berbalas mesej. "Saya isteri orang yang ada hubungan (sulit) dengan suami orang. Dia adalah bekas teman lelaki saya. Kami berdua tak ada anak lagi. Hubungan kami hanya berbual dan bercakap di telefon. Tak ada lebih lebih." Meskipun hanya berkomunikasi dengan cara begitu namun kedua-duanya akui sayang antara satu sama lain. Namun wanita itu masih mempunyai rasa bersalah terhadap suami kerana mengkhianatinya dan akui buntu bagaimana mahu menamatkan hubungan terlarang ini.
"Dia cakap masih sayang I dan I pun masih sayangkan dia. I tak tahu macam mana nak akhiri hubungan ini. I kesiankan suami I. Tolong I.” Luahan wanita itu mengundang pelbagai kritikan warganet dan ramai yang mempersoal tindakan mereka mengahwini pasangan masing-masing sedangkan masih mempunyai rasa sayang. Dalam pada itu, segelintir individu menasihati dan memberi cadangan kepadanya bagaimana untuk memutuskan hubungan tersebut. SUMBER : Twitter/Beautifulnara |
ultra78 replied at 4-5-2024 12:51 PM
Tahniah. Thread ni akan keluar first hingga 12 mei.
airfilterkotor replied at 4-5-2024 12:00 PM
Esok bukak tred pasei kucing hilang 3 hari lantas mentua marah² tak pandai jaga kucem.
Jangan lupa ...
batmana replied at 4-5-2024 11:33 AM
ni bole buat slot drama
Lelaki Ini perempuan Itu
allshares replied at 4-5-2024 01:11 PM
Makesure Letak tarikh 30.5 so hari2 "isu semasa" tu dok kat berita paling top