CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabil Kongsi Momen Ikut Tabligh Dengan Aliff Aziz – ‘Dia Sebaik-Baik Manusia, Tak Pernah Tinggal Solat Tahajud’

4-5-2024 08:32 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17585| Komen: 79

Description: Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad berkongsi pengalamannya ketika mengikuti jemaah tabligh bersama penyanyi sensasi, Aliff Aziz sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekitar tahun 2020.


Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad berkongsi pengalamannya ketika mengikuti jemaah tabligh bersama penyanyi sensasi, Aliff Aziz sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekitar tahun 2020.

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama lengkap Ahmad Nabil Ahmad berkata Aliff seorang sahabat yang sangat baik dan rajin mengerjakan solat tahajud.

"Semasa saya dan Aliff masuk tabligh, dia sebenarnya sebaik-baik manusia. Dia yang merelakan diri untuk masuk tabligh dan belajar agama dengan mendalam."

"Sepanjang dengan Aliff, dia tidak pernah tinggal solat tahajud. Dia juga antara orang yang bangun seawal 2 pagi untuk bersiap."

"Saya berada dengan dia yang mungkin orang tak pernah nampak. Memang besar ujian Aliff kali ini."

"Kalau dia mengaji, dia mengaji betul-betul. Kalau solat, dia solat betul-betul."

Nabil berkata demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka FYP Raya Era yang berlangsung di Restoran Rebung 2 Cef Ismail, Putrajaya, pada Jumaat.


Melanjutkan bicara, bapa kepada dua cahaya mata itu menganggap kontroversi yang terpalit pada Aliff merupakan ujian untuknya.

"Allah sebenarnya sedang uji dia dan isterinya. Keluarga mereka sedang diuji ketika ini."

"Mungkin ada hikmah atas apa yang Allah uji pada dia. Sama-sama kita doakan untuk dia."

Terdahulu, Aliff akhirnya bersuara dan memohon maaf kepada isterinya, Bella Astillah berhubung kemelut rumah tangga mereka.

Menerusi temu bual bersama podcast The CommonFolks SG, Aliff turut memgakui khilafnya berlaku curang terhadap Bella.

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 4-5-2024 12:49 AM
Nabil kata alip tak tinggal solat tahajud.

Tapi lepas tabligh alip cari puki*2 skandal pulak kan?

Quote ninajaybee 4-5-2024 01:00 AM
"Allah sebenarnya sedang uji dia dan isterinya. Keluarga mereka sedang diuji ketika ini."

Harap2 Kemek dilembutkan hatinya, diberi petunjuk Allah, dan didoakan tak jadi cerai. Come on Belah, ukenduit.
Quote easy81 4-5-2024 02:24 AM
Oo betullah tahjud kat rumah ruhanat. Lebih kusyuk maybe..
Quote shahirakay 4-5-2024 02:28 AM
Aku ada family member yang macam ni. Senang kata adik beradik kandung la. Depan orang, dia kira alim la. Rajin pi berjemaah, platao semua hukum hakam (bukan tau semua benda tapi buat-buat pandai), kira muslim sejati la pada pandangan mata orang. Kat rumah, subuh pun tak bangun. Sorry la hajbil. Hang bekap la macam mana pun, hakikat orang yang ada ciri npd memang macam tu. Depan orang memang lindungan kaabah. Padahal diri yang sebenar, orang yang serumah dengan dia je la yang tahu
Quote GreySuede 4-5-2024 02:54 AM
Manusia yg betul2 kenal luar dan dalam laki or bini masing2 adalah pasangan dia sendiri. Bukan parents, adik beradik, kawan2, sedara mara. Sbb manusia ni (x semua) ada jenis bermuka2, depan family n kawan tunjuk baik tapi bila dekat rumah sndri buat perangai lain.
Sekian!
Quote noor2 4-5-2024 04:04 AM
Tgk pada kata2 mamat ni kat AA...pada pandangan aku...artis melayu ni seteruk2 manusia penunggang agama...
Quote isbritneybich 4-5-2024 04:31 AM
ok so berjaya la dia mencuci imej time2 camni ada retis bekap
Quote chandrahusin 4-5-2024 05:21 AM
Org lelaki mmg back up sesama sndr
Apa ada hal
Klu ada kwn2 kaki betina mcm mana sekali pun
Kwn2 lelaki akan kata kwn tu sebaik2 kwn yg dia pnh ada
Bab peribadi tak campo.. gituu
Quote Pak.dolla 4-5-2024 05:23 AM
.
.
.
ko ni apa?
ko baru kenal org tu berapa hari?  
ko tido sebantal dan serumah dgn dia ke?

ada suami org bila dgn org luar baik sgt....tp bila dgn bini 360 derejah berubah....ko bkn tinggal serumah pong?

sama la mcm bbnu...baru tgk gamba je dah kata baik hahahahaha....jgn jd mcm bbnu...
Quote belilies 4-5-2024 06:37 AM
Sedangkan ustaz atau imam pun pernah ada kes liwat rogol atau khalwat dgn org, apakan lagi manusia yg nampak suci di permukaan. Lagipun dia pelakon
Quote Peachlilac 4-5-2024 07:02 AM
shahirakay replied at 4-5-2024 02:28 AM
Aku ada family member yang macam ni. Senang kata adik beradik kandung la. Depan orang, dia kira alim ...

ni kita panggil alim-alim kucing aka munafik. ada neraka khas utk munafik mcm ni
Quote sakurazura 4-5-2024 07:11 AM
Ada baik nya nabil nasihat bff dia stop. Takut dapat hiv. Main perempuan sana sini.
Quote acikbajuhijau 4-5-2024 07:32 AM
Dia mcm ni la eh... Ya seseorg tu beragama warak dan sebagainya but kalau dah kalah dengan dugaan godaan setan dan tak ikhlas nak bertaubat, dia tak jadi jugak. Kau tau agama etc tp masih jahil, ko sebenarnya lebih jahil dr org yang takda agama/pegangan hidup.
Quote Pak.dolla 4-5-2024 07:35 AM
.
.
.
sama la mcm ko.bil....dh hj tp.masih bekerja jd mengacara rancangan gossip....sendri mau ingat la...
Quote damian_lee 4-5-2024 07:42 AM
sebaik baik manusia kta kauuuuu
Quote jambatannetizen 4-5-2024 07:45 AM
belilies replied at 4-5-2024 06:37 AM
Sedangkan ustaz atau imam pun pernah ada kes liwat rogol atau khalwat dgn org, apakan lagi manusia y ...

Ckp pasal ini. I ingat tuan guru nik aziz ada satu video kat twitter orang post dia bagi ceramah pasal ini. Lebih kurang pakai seksi2 kenalah mcmtuh. Tapi cara ceramah itu tak sesuai lah ehh.
Quote ketupatnasi 4-5-2024 08:25 AM
Ta lah nak...  asyik le kaitkan tabligh...asyik le ckp tabligh tu tempat korang belajar agama secara mendalam... Ibarat kata brp bulan/jam tabligh dprd keseluruhan 30 - 40 tahun hidup kau tu kan macamkan......tak sanggup acik nk teruskan...
Quote zehra2 4-5-2024 08:31 AM
baik apa nya..  bersedudukan dgn pompuan bkn muhrim. berkali² curang.. telan clorox pun tak kan bersih la
Quote ezacbee 4-5-2024 08:34 AM
Cite tu tahun 2020. Apolaa nabil. Sekarang 2024 manusia bila2 masa boleh berubah.

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 05:09 PM GMT+8 , Processed in 0.584130 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top