CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Myanmar dilarang kerja luar negara, Junta Myanmar gantung pengeluaran permit

3-5-2024 12:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5420| Komen: 20


Yangon: Junta Myanmar menggantung pengeluaran permit untuk rakyat tempatan lelaki bekerja di luar negara.

Tindakan itu selepas beberapa minggu mereka memperkenalkan undang-undang kerahan tentera yang menyebabkan ribuan cuba meninggalkan negara itu.

Kementerian Buruh menggantung sementara permohonan daripada lelaki yang ingin bekerja di luar negara.

"Langkah itu diperlukan untuk mengambil lebih banyak masa bagi mengesahkan proses berlepas dan mengikut isu lain," kata kementerian itu dalam satu kenyataan yang disiarkan pasukan penerangan junta, semalam.

Lebih 4 juta warga Myanmar bekerja di luar negara pada 2020, menurut anggaran Pertubuhan Buruh Antarabangsa memetik angka daripada kerajaan ketika itu.

Penganalisis berkata, lebih ramai lagi dijangka akan bekerja di luar negara.

Junta, yang sedang bergelut untuk menumpaskan penentangan bersenjata yang meluas terhadap pemerintahannya, pada Februari berkata, pihaknya akan menguatkuasakan undang-undang untuk memanggil semua lelaki berkhidmat dalam tentera sekurang-kurangnya dua tahun.

Tindakan itu menyebabkan ribuan beratur untuk mendapatkan visa di luar kedutaan asing di Yangon manakala yang lain menyeberang ke negara jiran Thailand untuk melarikan diri dari undang-undang, menurut laporan media.

Undang-undang perkhidmatan tentera dirangka junta sebelumnya pada 2010, namun tidak pernah dikuatkuasakan.

Ia membolehkan tentera memanggil semua lelaki berumur 18 hingga 35 dan wanita berumur 18 hingga 27 untuk berkhidmat sekurang-kurangnya dua tahun.

Undang-undang itu juga menetapkan, semasa keadaan darurat, tempoh perkhidmatan boleh dilanjutkan sehingga lima tahun dan mereka yang mengabaikan perintah berkhidmat boleh dipenjarakan untuk tempoh sama.

Kumpulan pertama beberapa ribu rekrut sudah memulakan latihan di bawah undang-undang, menurut akaun Telegram pro-tentera.

Jurucakap junta berkata, undang-undang itu diperlukan kerana situasi yang berlaku di negara itu.

Kira-kira 13 juta orang layak dipanggil dalam perkhidmatan walaupun tentera hanya mempunyai kapasiti untuk melatih 50,000 setahun.

Lebih 4,900 orang terbunuh dalam tindakan keras tentera terhadap pembangkang sejak rampasan kuasa Februari 2021 dan lebih 26,000 yang lain ditangkap, menurut kumpulan pemantau tempatan.

Sejak itu, junta Myanmar mengumumkan keadaan darurat dengan tentera baru-baru ini melanjutkannya selama enam bulan lagi.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 3-5-2024 12:41 PM
Baguslah tu...sekat skali org2 rohingya tu dr keluar dari negeri rakhine sana tuh
Takdelah menyemakkk je kt negara org lain
Quote shamsadis 3-5-2024 02:15 PM


standby
Quote nazzse 3-5-2024 02:25 PM
Yes please.
Serabut aku dgn puak pengotor ni
Quote Decaffeinated 3-5-2024 02:41 PM
Rohingya tidak diiktiraf warga therefore tidak tertakluk pada perintah jadi askar. Mereka bebas lari naik bot ke mana2 mereka suka terutamanya negara Islam kegemaran, Malaysia. Acik2 bakal kecewa.
Quote uori 3-5-2024 04:16 PM
Yang sedia ada ramai kat sini nanti dipaksa hantar balik ke macam mana? Pengotor lain macam dorang nih
Quote sharlenetexas 3-5-2024 04:18 PM
Decaffeinated replied at 3-5-2024 02:41 PM
Rohingya tidak diiktiraf warga therefore tidak tertakluk pada perintah jadi askar. Mereka bebas lari ...

Tak kecewa.


Quote Decaffeinated 3-5-2024 04:22 PM

Mohon baca lagi sekali, slowly


Quote gigahertz 4-5-2024 07:53 PM
Decaffeinated: Rohingya tidak diiktiraf warga therefore tidak tertakluk pada perintah jadi askar. Mereka bebas lari naik bot ke mana2 mereka suka terutamanya negara  ...

Junta sama sekali tak akan beri latihan dan senjata pada rohingnya.
Myanmmar boleh sebab seagama. rohingya tak boleh lain agama.

Quote B40tastePosh 5-5-2024 06:57 AM
Alhamdulillah.

Hantar semua Rohingya ke Pulau Jawa
Quote Decaffeinated 5-5-2024 10:11 AM
gigahertz replied at 4-5-2024 07:53 PM
Junta sama sekali tak akan beri latihan dan senjata pada rohingnya.
Myanmmar boleh sebab seagama. r ...

Itu yang aku nak kata. Tu pasal lari ke Malaysia pembela palestine tersohor. Mesti terkejut rupa2nya indah khabar dari rupa ja.
Quote hyie 5-5-2024 10:38 AM
kawan myanmar meols, heshe moslem. Pastu nama theyols contohnya Adam, diubah jadi Ytam sebab nak bagi ikut suku kata myanmar dan hilangkan identiti moslem katanya. Entahlah iols pon kurang faham penjelasan heshe tu, tapi heshe nak cakap yang puak moslem seakan tertindas hak beragama la kat sana, even nama pon takleh obvious moslem gaytoh. Iye ke nokss..? sekarang heshe pon dah balik sana..memang heshe reti cakap BM.
Quote chinta89 5-5-2024 11:18 AM
yg ada di Malaysia ni hantar balik sana semula
Quote jahatt 5-5-2024 11:26 AM
Nice, timing yang sangat sesuai untuk kita hantar pulang semua orang Myanmar, terutama sekali Rohingya. Semoga kerajaan tidak melengah lengahkan perghantaran pulang mereka. Amin
Quote gigahertz 5-5-2024 02:04 PM
Decaffeinated replied at 5-5-2024 02:11 AM
Itu yang aku nak kata. Tu pasal lari ke Malaysia pembela palestine tersohor. Mesti terkejut rupa2n ...

MPAJA - mALAYA PEOPLE ANTI JAPANESE ARMYRPAA-Rohingya people Army.
belum di rekrut jadi askar pun dah berani claim tanah orang
Quote Decaffeinated 5-5-2024 03:10 PM
hyie replied at 5-5-2024 10:38 AM
kawan myanmar meols, heshe moslem. Pastu nama theyols contohnya Adam, diubah jadi Ytam sebab nak bag ...

Adam versi melayu pun kalau jumpa omputih dan2 jadi 'Edem' bukan pasal nak sorok identiti tapi senang nak sebut ja. Tau tak kalau nama kau 'nur' cer bitau waiter kat US, dua tiga kali kena ulang silap2 kena eja. Rasa cam bodoh tapi that's what happen. Aku ada kawan siam nama 'egg', 'cat', 'porn'... ko rasa?

Quote cmf_almondpecan 5-5-2024 03:41 PM
cmf_premierleag replied at 3-5-2024 12:41 PM
Baguslah tu...sekat skali org2 rohingya tu dr keluar dari negeri rakhine sana tuh
Takdelah menyemakk ...

Yang Rohingya tu banyak keluar dari Bangladesh. Kalau dari Rakhine pun diaorang bukannya keluar dengan permit pun. Dia bayar human smuggler. So rasanya takde kesan sangat penggantungan permit ni ke atas Rohingya. Dia ada kesan ke atas orang Myanmar yang keluar bekerja secara sah agaknya.
Quote Momohizan 5-5-2024 04:03 PM
Kat PJ ni ramai nak mampos Myanmar ni. Konon pelarian ethnic Chin, tapi takat tunjuk borang permohonan UNHCR online je. Status pelarian pun takde dalam Sistema UNHCR. Semak. Dah la suka mabuk2 buang botol arak merata
Quote Kurex 5-5-2024 04:22 PM
Rohingya leluhur parashit paling hina dan terkutuk dial atas muka bumi
Quote Acik2kepam 5-5-2024 05:44 PM
Rohingya mana sama ngn rakyat myanmar tu
Sah2 la rohingya tu pelarian bkn warganegara depa dorang pun.
Sbb tu takdanya nak dikerah jd tentera

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.232211 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top