Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz, 33, merasa sudah ada jurang antaranya sehingga takut untuk mendengar suara isterinya Bella Astillah, 30.
Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz mengakui mereka sudah terlalu lama tidak berkomunikasi dan reda jika perpisahan adalah jalan terbaik. "Sudah lebih 40 hari kami tidak berkomunikasi. Sejujurnya, saya takut menghubunginya. Saya takut nak dengar suaranya. "Lagipun, saya tak tahu apa yang perlu saya katakan kepadanya. Bila terlalu lama tak berkomunikasi, saya dapat rasakan ada jurang yang wujud antara kami. "Jika perpisahan menjadi satu-satunya jalan buat Bella bahagia, saya akan beri apa yang diminta," katanya satu temubual bersama saluran podcast The Common Folks di Singapura. Penyanyi lagu Sayang-Sayang itu merasakan sampai satu tahap, dia melihat tiada jalan kembali untuk semua yang sudah terjadi. Katanya dia perlu berdamai dengan takdir. "Cuma, saya kena pastikan tiada apa yang boleh melengahkan perceraian ini. Saya tak mahu menjadi seseorang terlalu pentingkan diri sendiri. "Perkara ini sudah membabitkan banyak pihak dan saya kena bertanggungjawab atas semua kekhilafan yang saya cetuskan ini. Saya juga ingin mendoakan kebahagiaan kepada semua pihak," katanya. Aliff terlihat sebak dan memang akui dirinya lelaki yang gagal sewaktu diminta mengucapkan sesuatu kepada Bella. Dia akan kenang pengorbanan isterinya itu selama ini. "Ketika ini, bila saya melihat cermin, saya adalah lelaki yang gagal. Jika ini kata-kata terakhir yang boleh dilafazkan, saya ingin ucapkan terima kasih atas rasa cinta dan kasih sayang sepanjang lapan tahun perkahwinan. "Terima kasih juga atas kesabaran, anak-anak yang dilahirkan. Sejujurnya, tiada siapa yang mampu menjadikan diri ini sempurna melainkan Bella. "Cuma, saya sahaja tidak mampu menghargainya. Memandangkan sudah tidak ada lagi jalan kembali, saya kena terima hakikat yang saya akan kehilangan isteri dan anak-anak buat selama-lamanya," katanya. Terdahulu, krisis rumah tangga Aliff dan Bella semakin parah selepas ditangkap khalwat dengan pelakon Ruhainies pada 9 Mac lalu. Keadaan menjadi bertambah tegang apabila Sarah Yasmine yang mendakwa dirinya kekasih Aliff dan bertindak membuka aib Ruhainies serta ramai selebriti tanah air lain. Sumber : Harian Metro
|
clueless_gamer replied at 3-5-2024 01:04 PM
pada pendapat aku jelah ye.. freedom of speech kan? jgn kecam ye
dia ni takde issue sangat pun.. ne ...
clueless_gamer replied at 3-5-2024 01:04 PM
pada pendapat aku jelah ye.. freedom of speech kan? jgn kecam ye
dia ni takde issue sangat pun.. ne ...
clueless_gamer replied at 3-5-2024 01:04 PM
pada pendapat aku jelah ye.. freedom of speech kan? jgn kecam ye
dia ni takde issue sangat pun.. ne ...
"Sudah lebih 40 hari kami tidak berkomunikasi. Sejujurnya, saya takut menghubunginya. Saya takut nak dengar suaranya"
clueless_gamer replied at 3-5-2024 01:04 PM
pada pendapat aku jelah ye.. freedom of speech kan? jgn kecam ye
dia ni takde issue sangat pun.. ne ...
ADVERTISEMENT