Pelakon baharu, Muaz Zabir mendoakan kemelut rumah tangga membabitkan pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz menemui titik perdamaian. Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama lengkap Muaz Mohamad Zabir, 27, berharap akan ada keputusan yang baik untuk pasangan berkenaan. "Saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat Bella dan keluarga kecilnya. Sebab saya sebelum ini kenal juga dengan ibu Bella." "Saya doakan apa pun keputusan akan datang, adalah keputusan yang terbaik buat dia." Dalam pada itu, pelakon drama Pemburu Rahsia ini mendakwa dia sudah tidak lagi berhubung dengan Bella. Katanya, kali terakhir adalah ketika kontroversi membabitkan nama mereka yang didakwa berskandal sekitar awal April lalu. "Sekarang saya sudah tidak berhubung dengan Bella. Kali terakhir berhubung apabila isu membabitkan nama kami timbul. Itu sahaja, selain itu atas urusan kerja sahaja."
Terdahulu, Bella membuat pengakuan hubungan terjalin antara dia dan Muaz bertujuan membuatkan suaminya, Aliff Aziz berasa cemburu. Muaz kemudian tampil memohon maaf secara terbuka dan mengakui khilafnya berbuat demikian dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Sumber : OhBulan |
Hoshhi replied at 2-5-2024 09:48 AM
Xdela hensem sgt dlm gmbr atas ni
Hoshhi replied at 2-5-2024 01:07 PM
Hahaha ye ada iras...pelanduk dua serupa
Afifi82 replied at 2-5-2024 05:45 PM
Muka dia mcm si belut letrik la jantan love bite ni.
Pak.dolla replied at 4-5-2024 01:21 PM
.
.
aku jumpa kat socmed hari tu sebahagian retis yg wajah seiras....
Afifi82 replied at 4-5-2024 06:51 AM
Lop ada iras Ina Naim,ya
Pak.dolla replied at 4-5-2024 02:31 PM
.
.
ada lagi sorang dia letak...tp aku x ingat nama
bulanbulat replied at 3-5-2024 08:51 AM
Manjah2 gitu takkan terus tak contact?
ADVERTISEMENT