Isu curang merupakan topik hangat yang menjadi tumpuan ramai ketika ini terutama jika melibatkan selebriti atau personaliti media sosial. Susulan itu, pelakon jelita Rozita Che Wan tampil memberi nasihat kepada kaum hawa supaya tidak mengganggu hubungan suami isteri meskipun sahabat mereka sendiri. "Pesanan khidmat ini untuk anak anak dara yang tak mau terjebak dengan suami orang. "Kalau ada suami orang nak mengadu masalah, jangan dengar. Dia sebenarnya bukan nak mengadu masalah dia, dia nak menggatal." Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Rozita Abu Bakar berkata, setiap wanita perlu berhati-hati dengan lelaki yang suka menggoda dan jauhkan diri daripada terlibat dalam hubungan sulit.
"Tak payah nak selamatkan rumah tangga dia, selamatkan diri sendiri daripada jantan gatal macam tu." "Kalau jumpa suami orang dengan ular, ketuk dulu suami orang tu dulu. Itu semua punca." "Kalau tak nak ada affair dengan suami orang, elak daripada awal." Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong kenyataan pelakon berusia 51 tahun itu. "Betul, masalah keluarga sendiri tak mampu nak handle, buat apa tambah beban?" "Betul tu Che Ta, tepuk sebelah tangan tak berbunyi. Dua-dua sama sahaja." "Setuju. Depan bini pijak semut tak mati." Sumber: TikTok Rozita Che Wan/OhBulan |
sharlenetexas replied at 2-5-2024 03:07 PM
Samalah dgn tok kertu. Ada dia mengadu kat nekta ke?
ninajaybee replied at 2-5-2024 03:48 PM
Kalau isteri teraniaya share masalah sebab nak perhatian dan tarik perhatian baru boleh! Gitu?
ninajaybee replied at 2-5-2024 03:48 PM
Kalau isteri teraniaya share masalah sebab nak perhatian dan tarik perhatian baru boleh! Gitu?
sukanyanyi replied at 2-5-2024 08:06 PM
Ha'ah, mmg sama pon.. boleh diterbalikkan gender dalam contoh ni, niat sama jua.. cuma dia sebut y ...
ninajaybee replied at 2-5-2024 03:48 PM
Kalau isteri teraniaya share masalah sebab nak perhatian dan tarik perhatian baru boleh! Gitu?
ADVERTISEMENT