Semakin hari semakin banyak pula perkara yang didedahkan wanita kelahiran Singapura, Sarah Yasmine tentang artis Malaysia yang terkait dengan isu Aliff Aziz.
Disebabkan itu, Persatuan Seniman Malaysia menggesa agar semua selebriti yang terkait dengan pendedahan Sarah untuk membuat laporan polis. Perkara itu disampaikan oleh Setiausaha Agung Seniman, Mohd Hafiz Mohd Nafiah selepas melihat apa yang dilakukan Sarah ini boleh mencemarkan nama baik industri hiburan tempatan. "Seniman menggesa agar pihak-pihak yang mana terpalit dalam isu ini untuk membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi Malasyia (SKMM) supaya pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan." "Kami juga mengingatkan semua pihak untuk tidak polimikkan isu ini dan hentikan segera perbalahan, salah menyalah serta membuka aib mana-mana individu di media sosial bagi menjaga nama baik industri di mata masyarakat." Saranan ini turut ditujukan kepada Sarah Yasmine agar hentikan sebarang perkongsian aib mana-mana individu di media sosial. "Isu yang hangat diperkatakan oleh Sarah juga dianggap isu peribadi. Kami menggesa perkara ini diselesaikan secara tertutup dan hentikan apa sahaja tindakan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan." Dalam pada itu, Seniman turut berharap agar masalah rumah tangga antara Bella Astillah dan Aliff Aziz dapat diselesaikan tanpa campur tangan orang luar yang tiada kena mengena. Kredit: mStar/OhMedia
|
jalfa replied at 1-5-2024 12:10 AM
Kemain dalam ig muka macam anime...muka asli sgt awam dek.....
Raman replied at 1-5-2024 07:09 AM
Tapi artis Malaysia yang tak jaga kelaku. It’s a bit cheap to put the blame solely on SY. Semua tak ...
Raman replied at 1-5-2024 07:09 AM
Tapi artis Malaysia yang tak jaga kelaku. It’s a bit cheap to put the blame solely on SY. Semua tak ...
namieamuro replied at 1-5-2024 09:39 AM
bgegar terus industri seni malaysia smpi ramai sound sarah balik Singapore sane. masalahnye, die kt ...
ADVERTISEMENT