Penyanyi Mark Adam dilihat memberi nasihat kepada kanak-kanak agar tidak mudah terpengaruh dengan apa yang mereka lihat di media sosial sejak kebelakangan ini. Menerusi pemerhatian pihak OhBulan!, Mark Adam memberi nasihat tersebut agar generasi muda tidak melakukan perkara yang tidak baik dan terjerumus dalam kancah dosa. Ujar Mark lagi, setiap individu perlu buat kerja dengan cara yang betul dan ikhlas agar terkenal dengan perkara yang positif bukannya negatif. "Wahai budak-budak kecil di luar sana, apa yang korang nampak di media sosial sekarang ni jangan tiru ya. Banyak yang tak elok sekarang ni, nanti kalau impian korang nak ada kawan ramai atau nak jadi orang yang terkenal buat saja dengan cara yang betul, ikhlas dan usaha janji korang tak buat dosa dan jangan buat benda yang buruk." "Kalau korang keliru dengan apa yang korang nampak dekat media sosial sekarang ni tanya je ayah atau ibu okay? Assalamualaikum."
Sumber: Mark Adam/OhBulan |
nolya replied at 1-5-2024 09:43 AM
Anak2 remaja ni, suka ke deme nengok drama2 kecurangan rumahtangga? Bagus juga nasihat Mark Adam, es ...
chandrahusin replied at 30-4-2024 08:34 PM
Sokong!
Aku pun kesian bdk2 skrg
Baik drama baik real life
dua_chzy replied at 1-5-2024 05:55 PM
Paling ketara budak2 sekolah sekarang kuat nau memaki! Depan cikgu pun selambadek maki kengkawan d ...
UMMI_MAI replied at 2-5-2024 01:35 PM
betul laaa... sya sebagai mak ni sangat risau dengan mulut anak2 remaja sekarang ...maki dah jadi ...
ADVERTISEMENT