Suami pelakon jelita, Nora Danish iaitu Mohamad Nedim Nazri terkejut nama isterinya terpalit dalam kontroversi kes curang aktor sensasi, Aliff Aziz. Ia susulan tular tangkapan skrin yang memetik nama Nora Danish dan mengaitkannya dengan isu ‘panas’ melibatkan Aliff Aziz. Menerusi status dimuat naik di Instagram Story (IGs), Nedim atau lebih mesra disapa sebagai Boss Ned seakan memberi amaran kepada semua pihak untuk sama sekali tidak melibatkan isterinya dalam kes tersebut. “Saya harap semua sihat, lama saya tidak bersuara. Rasanya sebelum ini macam tiada apa-apa.
“Cuma saya nak tanya hebat betul Aliff Aziz ini sampai nama isteri saya pun terpalit? “Bagi saya saudari jangan petik nama isteri saya dengan senang. “Kalau tak bersalah baik diam. Awak tahu apa akan terjadi pada awak. Sekian terima kasih,” tulisnya ringkas. Sejak minggu lalu, pendedahan mesej mesra di WhatsApp antara pasangan pelakon sensasi, Aliff Aziz dan Ruhainies semakin hangat diperkatakan di platform media sosial. Antara mesej yang didedahkan oleh Sarah memaparkan Ruhainies seakan menghasut aktor berkenaan untuk membenci Bella Astillah. Menerusi perbualan WhatsApp itu, Ruhainies turut memetik semula kejadian menimpa Aliff yang ditinggalkan Bella pada tahun 2019 akibat kes curangnya itu. Malah, pelbagai isu hangat dibongkarkan, antaranya Ruhainies turut memetik nama pelakon, Emma Maembong dan adiknya, Chacha Maembong didakwa mengkritik Bella Astillah. Terbaru, Ruhainies dalam satu kenyataan bagaimanapun berharap Bella mahu bertemu dengannya demi menyelesiakan konflik antara mereka secara baik. Terdahulu, kontroversi antara Ruhainies dan Aliff tercetus selepas mereka ditangkap khalwat pada 9 Mac lalu dalam sebuah kondominium mewah milik aktres ini. Susulan konflik tersebut, Bella memfailkan penceraian pada 11 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. Sumber : xtra.com.my |
sharlenetexas replied at 30-4-2024 12:39 AM
Dulu masa tokti nak kawin, tersebar gambar circle kawan2 anak2 tiri diri. Sempatlah tersebar gambar ...
jambatannetizen replied at 30-4-2024 03:27 AM
Gmabar boned dgn sophiakhan . Gmabar petueww?
Skyline_84 replied at 30-4-2024 06:32 AM
ayat last dia ni mcm nk ugut bunuh pulak...dh biasa kan buat kerja tu dlu..untung la pak tolong cove ...
BoongaKertas replied at 29-4-2024 11:25 PM
kemain ugutan heols. lol. tp kan, SY ni dah mcm mereng pun ada gak. kemain dasyat kenal semua org. t ...
BoongaKertas replied at 29-4-2024 11:38 PM
jgn ckp kekuat pakdol psl benak tu.
ADVERTISEMENT