Pelakon Meerqeen, 22, tidak mahu mengulas lanjut mengenai kontroversi mengaitkan dirinya dengan Sarah Yasmine, iaitu wanita yang mendakwa kekasih artis kelahiran Singapura, Aliff Aziz. Meerqeen atau nama sebenar, Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam mahu fokus kepada karier seni, apatah lagi, filem lakonannya, iaitu Harimau Malaya: The Untold Journey akan menjengah pawagam, mulai 27 Jun depan. "Saya tiada apa-apa yang mahu dikatakan ketika ini. Saya datang ke sini untuk filem baharu, Harimau Malaya: The Untold Journey. Saya mahu fokus kepada kerja saya," katanya ditemui pada sambutan Hari Raya menjelang tayangan filem Harimau Malaya: The Untold Journey dan Terkutuk di sebuah hotel di sini, hari ini. Ketika ditemubual media baru-baru ini, Meerqeen mendakwa Sarah adalah peminatnya. Bagaimanapun, Sarah dilapor menafikan perkara itu dan mendakwa mereka pernah menjalin hubungan pada Ogos dan September, tahun lalu.
Bertanya sama ada kontroversi ini memberi kesan kepada dirinya, Meerqeen yang sedang menjalani penggambaran drama Cinta Untuk Sekali Lagi, tidak mahu isu berbangkit itu mengganggu kerja. "Tiada komen mengenai ini. Anda pun boleh nampak saya makan dengan gembira. "Saya tidak ikuti perkara yang sedang berlaku sekarang. Saya sedang menjalankan penggambaran drama yang agak 'intense', jadi, saya lebih fokus kepada kerja dan diri saya... Itu sahaja," katanya. Tambah Meerqeen, dia tidak membaca komen netizen dalam media sosial. "Saya tiada masa untuk sesiapa. Saya dengan keluarga pun (peruntukkan masa) dalam tiga atau empat jam sahaja... Keluarga saya tahu saya macam mana," katanya. Berkongsi lanjut mengenai filem Harimau Malaya: The Untold Story arahan Datuk Afdlin Shauki yang mengangkat kisah pasukan bola sepak kebangsaan itu, Meerqeen seronok dapat bekerja di bawah pengarah terkenal itu. "Ini adalah pengalaman menakjubkan. Saya seronok bekerja dengan Afdlin dan berharap peminat dapat terima lakonan saya dengan baik," katanya. Filem Harimau Malaya: The Untold Journey mengisahkan kebangkitan semula skuda Harimau Malaya selepas kemerosotan yang membawa kepada peletakan jawatan jurulatih Tan Cheng Hoe pada Januari 2022. Selain Meerqeen, naskhah ini membariskan pelakon seperti Sophia Albarakbah, Aidil Aziz, Aiman Hakim Redza, Tony Eusoff, Zain Hamid, Vanidah Imran, Erra Fazira, Amelia Henderson, Nam Ron, Bell Ngasri, Kavin Jay dan Douglas Lim. Sumber : Berita Harian |
Shayang replied at 29-4-2024 11:14 PM
Better takyah respon apa2 nnt semuanya akan terhenti sendiri
anony-mous replied at 30-4-2024 12:50 AM
Xpaham aku org puji sarah lawo nature beauty
anony-mous replied at 30-4-2024 12:50 AM
Xpaham aku org puji sarah lawo nature beauty
Rogue98 replied at 30-4-2024 07:25 AM
Setakat DM pun nak tuduh ada affair...mende kau ni Sarah...
ADVERTISEMENT