Pengurus Sophia Albarakbah, iaitu Nik Yasmin meminta semua pihak menunggu aktres itu membuat kenyataan berhubung dakwaan dirinya masih menjalin hubungan dengan pelakon dan penyanyi kontroversi, Aliff Aziz. Nik Yasmin berkata, pihaknya tidak boleh membuat kenyataan kerana membabitkan kisah peribadi Sophia. "Kita tunggu dia cakap sendiri. Saya tidak mahu salah cakap. Saya hanya menguruskan kerjayanya. Saya tidak mahu nanti apa yang saya cakap memberi kesan kepada kerjaya Sophia. "Kalau boleh, kita tunggu Sophia sendiri beri kenyataan. Saya tidak boleh beri kenyataan bagi pihak dia. Saya tidak mahu beri kenyataan 'mengundang'. Saya tidak mahu perkara ini jadi lebih besar dan orang marah dia. "Saya tahu perkara yang berlaku. Sudah tentu saya dari pihak pengurusan kena prihatin dengan perkara itu. Sudah tentu kami ada berbincang dengan Sophia kerana ketika kejadian itu, kami bersamanya," katanya ditemui di majlis sambutan Hari Raya sempena tayangan filem Harimau Malaya dan Terkutuk di sebuah hotel di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Sophia tidak hadir pada majlis itu. Mengikut Nik Yasmin, Sophia tidak hadir kerana menghadiri kelas bahasa Jepun sebagai persediaan penggambaran musim kedua drama From Saga With Love. Sebelum ini, wanita mendakwa kekasih Aliff, iaitu Sarah Yasmine mendedahkan Sophia konon masih menjalin hubungan dengan artis kelahiran Singapura itu. Sumber : Berita Harian |
I.K.A888990 replied at 29-4-2024 04:24 PM
okay bubs
kami tunggu
Pak.dolla replied at 30-4-2024 07:28 AM
.
.
.aku copy paste je...
sukanyanyi replied at 29-4-2024 11:52 PM
Yeke.. iols rasa maksud deyols 'boobs'.. sbb dada sheols kan menonjol..
Pak.dolla replied at 30-4-2024 07:29 AM
.
.aku copy paste jer..
.
amarakasih replied at 30-4-2024 01:04 AM
Tapi kan, ini baru cantik. Yang SY di cantikan natural beauty tu, berat mulut iols nak cakap ‘yer c ...
zuriey replied at 30-4-2024 07:47 AM
acik porem syg sgt peah kata cantik
tgk drama lelaki itu mcm nyonya jinjang je muka dia
Harap kam p ...
ADVERTISEMENT