Baru-baru ini, pelakon dan model Haneesya Hanee telah tampil menafikan tuduhan netizen yang mendakwa dirinya ada menjalinkan hubungan dengan pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz. Tuduhan tersebut mula tersebar susulan gambar Aliff bersama seorang wanita yang mirip dengannya sedang menaiki bas itu tular di media sosial. Menyangkal hal tersebut, model ini meminta agar orang ramai memeriksa dahulu sebelum membuat tuduhan tanpa sebarang bukti. "Jangan petik-petik nama aku. Mak aku marah. Sebelum nak tuduh tu, cuba fikir dulu, fikir dulu biar betul dulu sebelum nak tuduh, nak fitnah ni. "Aku ni ada kereta tau, kereta aku selesa. Aku boleh baring boleh letak kaki, boleh buka lagu. Buat apalah aku nak naik bas."
Tambahan pula, Haneesya turut berkata dirinya tiada apa-apa kaitan dengan artis-artis yang terlibat dalam kontroversi tersebut dan sebaliknya dia bahagia bersama keluarga. Katanya, dia turut menasihati orang ramai untuk tidak terlalu taksub dengan isu yang sedang berlangsung ketika ini hingga boleh menimbulkan fitnah kepada orang lain yang tidak bersalah dan tiada kaitan. "Keduanya, hanya sebab mereka berdua berkawan baik, janganlah kau cari aku, apa kaitan dengan aku. Lah tiba pula aku kena petik." "Aku aman damai bersama keluarga aku. Tiba pula kena benda alah ini." Terdahulu, kekasih kepada Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine tampil membuat pendedahan tentang hubungan kekasihnya dengan aktres Ruhainies. Dalam pendedahan itu juga, nama-nama artis lain juga turut terlibat seperti Emma dan Chacha Maembong serta Caprice.
|
kaoru44 replied at 29-4-2024 02:40 PM
sape yg petik nama dia
aina_shaira replied at 29-4-2024 02:42 PM
Nape macam kuang hajo je ex dewi remaja ni, better barakbah lagi lemah lembut gitu
cicicumel replied at 29-4-2024 03:41 PM
Dia naik kete nok? kancil turbo ke axia ?
chinta89 replied at 29-4-2024 03:37 PM
barakah lemah lembut tapiiii tp cuba jgk jd penyondol. minah ni dia tak sondol sape2 lg stkt ni, h ...
cicicumel: Dia naik kete nok? kancil turbo ke axia ?
chinta89 replied at 29-4-2024 03:37 PM
barakah lemah lembut tapiiii tp cuba jgk jd penyondol. minah ni dia tak sondol sape2 lg stkt ni, h ...
doubleA replied at 29-4-2024 03:39 PM
Pla enlighthen me LU tu apa???
ADVERTISEMENT