Hantaran pempengaruh yang juga suami kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Ubai meraih perhatian dan mengundang persoalan warganet selepas dia meluahkan rasa marahnya terhadap seseorang. Menerusi hantaran itu, Ubai dilihat meluahkan rasa marah terhadap lelaki yang mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa. Tidak menyebut sebarang nama, Ubai bengang apabila individu yang dimaksudkan memberi alasan yang tidak masuk akal. "Nafkah anak tak bagi walaupun RM350, dengan alasan sebab bekas isteri sudah kahwin. So, tanggungjawab anak sudah berpindah kepada suaminya." Bahkan, lebih membuatkannya ‘panas hati’ apabila niat untuk membantu disalah erti dan dituduh pula menggunakan duit si isteri.
Ubai turut mendedahkan individu tersebut culas menjalankan tanggungjawab serta menyediakan tempat tinggal, makan minum dan nafkah sebelum ini. "Dulu bekas isteri tanggung dari makan, minum, kenderaan dan tempat tinggal. Bil hospital beranak pun langsung kau tak ambil peduli. Eh, geram pula aku." Berdasarkan kenyataan tersebut, Ubai dipercayai meluahkan rasa kecewa dan marahnya terhadap bekas suami Shila Amzah dan bapa kepada Seth Uwais. Untuk rekod, Shila dan Haris Idraki mendirikan rumah tangga pada tahun 2018 namun bercerai pada 2022. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Seth Uwais yang bakal menginjak usia 5 tahun pada Ogos ini. SUMBER : Twitter/Beautifulnara |
zehra2 replied at 29-4-2024 01:29 PM
tak yah ungkit ler ubai. kot shilalat yg ckp tkpe. itu mak kandung seth.
kawin mak, jd ler bapak yg ...
jiwakacau06 replied at 29-4-2024 02:19 PM
dia layak la marah...dia tanggung ank tiri...pastu di tuduh guna duit bini sara ank tiri...
ADVERTISEMENT