Sarah Yasmine sekali lagi menggemparkan industri hiburan tempatan selepas membongkarkan dengan mendakwa pelakon, Ruhainies sebenarnya memiliki teman lelaki meskipun pada ketika itu dia berhubungan dengan Aliff Aziz. Menerusi temu bual bersama Astro Gempak, Sarah mendakwa bahawa teman lelaki Ruhainies merupakan individu yang membayar peguam melibatkan kes khalwat termasuk kos perbelanjaan Aliff ulang-alik ke Kuala Lumpur. "Ruhainies ada boyfriend. Boyfriend dia yang bayarkan peguam, semua perbelanjaan Aliff ulang alik ke KL, kes khalwat dan semua yang ada kena mengena dengan Aliff. Semua teman lelaki Ruhainies bayarkan tapi dekat Aliff, Ruhainies kata lelaki itu hanyalah bekas kekasih dia." "Tapi takkan lah bekas teman lelaki nak tolong sedangkan dia tahu hubungan Aliff dengan Ruhainies." Dalam pada itu, Sarah berkata mungkin disebabkan pertolongan tersebut membuatkan Aliff ‘terikat’ dan terhutang budi dengan Ruhainies sehingga dia rela mengikut semua yang disuruh aktres itu.
"Kalau saya jadi Aliff pun saya akan dengar cakap, dah orang tu tolong. Saya faham Aliff, mungkin dia terhutang budi." Ujar Sarah lagi, segala pendedahan yang dilakukan itu bukanlah berniat untuk membuka aib sesiapa sebaliknya hanya mahu membongkarkan kebenaran dan secara tidak tak langsung untuk membantu Bella Astillah.
|
merah_arjuna replied at 29-4-2024 08:51 AM
Hmm pakai foundation kaler tak sama tengkuk pun ada boipren
merah_arjuna replied at 29-4-2024 12:51 AM
Hmm pakai foundation kaler tak sama tengkuk pun ada boipren
emera replied at 29-4-2024 10:24 AM
Huduhnye si ruhainis dlm gambar first tu.
emera replied at 29-4-2024 10:24 AM
Huduhnye si ruhainis dlm gambar first tu.
ADVERTISEMENT