Kejutan demi kejutan, nama pelakon Aliff Aziz terus meledak selepas tular sekeping foto dilihat menaiki sebuah bas bersama seorang wanita dipercayai di Singapura semalam. Foto itu mula tular selepas seorang pengguna TikTok menghantar ‘bahan panas’ tersebut kepada kekasih Aliff iaitu Sarah Yasmine yang sedang membuat siaran langsung. Dalam foto tersebut, lelaki yang dipercayai Aliff dilihat memakai baju-T berwarna hitam manakala wanita berbait memakai topi dan berkaca mata hitam. “Sejujurnya saya tahu siapa perempuan itu dan dia juga seorang penipu. “Wanita berkenaan warganegara Singapura dan bukan seorang selebriti, hanya orang biasa,” katanya. Tanpa mendedahkan identiti, Sarah turut menyifatkan wanita tersebut sebagai talam dua muka. “Dia perempuan terpaling fake (berpura-pura). “Tak perlu pakai topi dan cermin mata, saya akan dedahkan awak nanti,” katanya lagi.
Berdasarkan perkongsian individu tersebut, foto itu dipercayai dirakam sekitar pukul 10 malam di Singapura. Meskipun diasak netizen, Sarah kekal dengan pendirian enggan mendedahkan identiti wanita tersebut walaupun dia mengenalinya. Ujarnya, hanya dia, Bella Astillah dan Aliff yang mengenali wanita tersebut. Sejak Isnin lalu, arena hiburan panas apabila wanita itu menyelak rahsia Aliff dan Ruhainies termasuk dakwaan mereka bercinta, selain aktres tersebut dikatakan menggunakan lelaki terbabit untuk menjatuhkan Bella. Pendedahan dibuat Sarah turut mengheret lebih ramai selebriti termasuk Caprice, Emma Maembong, Chacha Maembong serta pasangan suami isteri, Tom dan Fuad Rahman. Bukan hanya Ruhainies, pelakon Sophia Albarakbah turut diheret dalam drama tersebut apabila didakwa masih ‘melayan’ Aliff sehingga Mac lalu. Malah mereka juga dikatakan saling berhubungan menerusi akaun Instagram palsu yang dicipta sendiri. ‘Drama’ semakin panas apabila nama pelakon Meerqeen juga dipetik selepas aktor tersebut mengaku hanya mengenalinya sebagai peminat namun Sarah mengatakan hubungan mereka lebih daripada itu. Sumber – KOSMO! ONLINE |
Shayang replied at 29-4-2024 11:55 AM
Kenapa naik bas kenapa tak bawak keta
Shayang replied at 29-4-2024 11:55 AM
Kenapa naik bas kenapa tak bawak keta
“Wanita berkenaan warganegara Singapura dan bukan seorang selebriti, hanya orang biasa,” katanya.
lyshafull replied at 29-4-2024 03:48 PM
Hang sibuk cakap org lain fake
Dh tu hang x fake ke ?
Dont acah2 suci sedgkan hang pun fake
lyshafull replied at 29-4-2024 03:46 PM
So bila sarah nk diam ?
Mmg la aliff tu banyk salah
Tapi dia pun ade personal space
ADVERTISEMENT