NAMA dikaitkan dengan kekasih gelap penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine, pelakon Meerqeen akui pernah mengenali wanita itu tidak lebih sebagai seorang peminat. Meerqeen atau nama lengkapnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, bagakawimanapun menegaskan bahawa Sarah bukan sahabatnya memandangkan wanita itu mengenali ramai rakan industri lain. "Saya rasa saya kenal dia dan kami pernah berjumpa untuk bergambar. Dia adalah peminat saya sahaja. “Dia bukan kawan. Saya boleh katakan sebab dia kata dia kenal semua artis, jadi dia adalah peminat,” katanya semasa sidang akhbar drama bersiri Astro Original berjudul Framed semalam. Menyedari setiap spekulasi timbul pasti membabitkan namanya, Meerqeen enggan ambil pusing dan mahu fokuskan kepada kerjaya yang sedang meningkat naik. Semua yang buruk dalam industri pasti akan terpalit nama saya. Kadang-kadang saya kena lari daripada semua ini.
“Apa yang penting, saya perlu fokus kepada karier saya dan nama saya. Kecewa memang kecewa sebab saya seorang manusia yang ada perasaan. Saya bukan robot,” ujarnya lagi. Sebelum ini, seorang pengguna laman aplikasi X mendakwa Sarah juga mempunyai hubungi dengan Meerqeen. Bagaimanapun, pengguna terbabit tidak menjelaskan secara terperinci mengenai status hubungan mereka. Minggu lalu, Sarah mendedahkan dirinya sebagai kekasih gelap Aliff Aziz sejak Januari 2024. Dia memberanikan diri mendedahkan hubungannya selepas melihat Aliff teruk dikecam netizen akibat ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies. Sumber – HIBGLAM |
codenamedream replied at 27-4-2024 12:50 PM
"Semua yang buruk dalam industri pasti akan terpalit nama saya."
Yihhhhh perasan
ReginaGeorge replied at 27-4-2024 04:28 PM
Iols baca conversation antara merck ngan alis kening ni takda pon bau2 cinta. Casual chat je… Tgk c ...
_blackbird replied at 27-4-2024 11:43 PM
Ermm aku tak rasa pon mcm conversation org yg bercinta. Power lagi taburan ayat2 alip walaupon empty ...
virgocircus replied at 28-4-2024 12:30 AM
Hah teringat aku kes Nurul aini n laki dia n skandal siap upah PI bagai.. Aper cita skang? Cerai k ...
ADVERTISEMENT