Seorang aktres dan pencipta kandungan TikTok yang telah memeluk agama Islam, Clara Shinta membeli kain kafan sebagai persediaan untuk menghadapi kematiannya, lapor laman berita Tribunnews semalam. Clara turut membelikan peralatan untuk memandikan jenazahnya sekiranya dia meninggal dunia walaupun umurnya baru mencecah 28 tahun pada Julai ini. “Saya ingin mempersiapkan kain kafan sendiri sejak dahulu lagi,” katanya yang berasal dari Medan dan memeluk agama Islam sejak 2017. Clara berkata, persiapan perlu dilakukan lebih awal kerana kematian itu pasti akan datang. Gadis berketurunan Batak itu mempunyai akaun TikTok rasmi, @clarashintareal yang kini sudah memiliki jutaan pengikut. Clara juga dikenal sebagai selebriti TikTok yang cukup aktif menghasilkan kandungan di platform itu. – AGENSI |
ADVERTISEMENT