Perkongsian di Instagram Story milik penyanyi Aisyah Aziz menyorot perhatian apabila dia memuat naik petikan atau ‘quote’ Islamik berkaitan pendosa yang dipetik oleh tokoh agamawan, Imam Shafi’i. Petikan tersebut mengingatkan umat manusia untuk memaafkan pelaku yang berbuat dosa dan tidak sepatutnya mereka dibenci. "Sentiasa membenci kesalahan, tetapi jangan membenci orang yang salah." "Bencilah dosa dengan sepenuh hati, tetapi ampunilah dan kasihanilah orang yang buat dosa." "Kecamlah percakapan, tetapi hormatilah orang yang berbicara." Selain itu, petikan berkenaan turut mengingatkan orang ramai untuk menghapuskan punca sesuatu dosa itu wujud.
"Tugas kita adalah untuk menghapuskan penyakit, bukan pesakit." Bagaimanpaun, adik kepada aktor Aliff Aziz itu tidak mendedahkan kepada siapa perkongsian tersebut ingin ditujukan. Sebelum ini, ibu kepada Aisyah iaitu Siti Hafiza dilihat sering memuat naik petikan Islamik di media sosial miliknya. Pun begitu, baru-baru ini Hafiza dilaporkan sudah menyahaktif atau ‘deactivated’ Instagram miliknya apabila carian nama di platform tersebut tidak ditemui. Sumber: Instagram/OhBulan |
dua_chzy replied at 26-4-2024 07:20 PM
Then ampunkan la Bella Setilah ye korang sefamily.
ADVERTISEMENT