Tindakan bekas anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal yang memadam hampir semua gambar dan video di Instagram (IG) miliknya telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan wargamaya. Menerusi tinjauan OhBulan! ke IG milik penyanyi itu, dia telah memadam semua hantaran yang pernah dimuat naik sebelum ini termasuk gambar bersama kumpulan Dolla. Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Norsyasya Afiqah Shahrizal dilihat hanya meninggalkan lima ‘posting’ sahaja termasuk gambar bersama suaminya. Pun begitu, adakah benar Syasya memadam atau hanya menyimpan di bahagian arkib atau ‘archive’ masih tidak dapat dipastikan. Sehingga artikel ini ditulis, akaun milik Syasya mempunyai seramai 116,000 pengikut.
|
sleepandream replied at 22-4-2024 03:30 PM
biarlah dia nak buka buku baru agaknya... fasa baru dalam hidup...
cmf_premierleag replied at 22-4-2024 05:47 PM
Apsal satu msia sume mcm gempar je budak ni nikah??? Apsal aku x rasa apa2 impak pun? Gaji aku tetap ...
Kitty_catz replied at 22-4-2024 06:56 PM
sebab deme tak cukop kaseh sayannnggggg
dewi_rina replied at 22-4-2024 04:22 PM
Eh sikitnya followers dia, tak sampai 200k pun
ADVERTISEMENT