CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya nikah semalam

22-4-2024 08:24 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5261| Komen: 3



SELEPAS mengejutkan peminat dengan pengundurannya daripada kumpulan Dolla, Syasya hari ini mendedahkan dirinya sudah berkahwin semalam.

Menurut Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim, khabar itu merupakan faktor utama mengapa Syasya meninggalkan Dolla sebelum ini.

“Tidak dinafikan pengunduran Syasya daripada Dolla mengejutkan ramai tetapi kami perlu akur keputusan dibuat empunya diri yang disifatkan terlalu peribadi.

Ingin dikongsi berita gembira buat semua yang mana Syasya mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya pada hari ini (semalam). Ini juga antara faktor utama kenapa Syasya memilih untuk tidak lagi bersama Dolla,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam masa sama, Kim berharap berita tersebut menamatkan spekulasi mengenai pemilik nama Norsyasya Afiqah Shahrizal itu.

“Kita doakan semoga segala apa yang sudah dirancang Syasya akan berjalan lancar dan dipermudah. Diharap ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke jannah.


"Apa yang penting, semoga berita gembira ini menghentikan segala spekulasi tidak tepat yang timbul.

“Kami juga berharap agar semua pihak dan peminat akan terus menyokong kerjaya seni dan karya daripada Dolla,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Syasya menarik diri daripada kumpulan Dolla pada 8 April lalu selepas kerap tidak muncul bersama kumpulan terbabit dalam mana-mana acara.

Untuk rekod, Dolla ditubuhkan pada April 2019 selepas Angel, Sabronzo, Tabby dan Syasya digabungkan menerusi sesi uji bakat pencarian kumpulan penyanyi wanita baharu. 

Sumber – HIBGLAM


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote songket_merah 22-4-2024 09:18 AM
sape ni
Quote orangbiasaje 22-4-2024 03:06 PM
songket_merah: sape ni


Sampai dah terpampang muka diorg kat New York Times Square, diwhoareyouskan di sini [em:14:]

Pape pun, selamat pengantin baru Syasya.
Quote prince_marhaen 22-4-2024 05:15 PM
nenek dia yang rozie othman tu ke....

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.029445 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top