SYDNEY – Komet ‘syaitan’ berwarna hijau dan ‘bertanduk’ kini dapat dilihat di langit Australia dan menawarkan peluang sekali seumur hidup untuk melihatnya, lapor portal berita The Guardian. Seorang ahli astrofizik Universiti Nasional Australia, Brad Tucker berkata, walaupun komet itu boleh dilihat secara teknikal, ia sukar untuk dikesan, namun penampakannya akan menjadi lebih jelas pada minggu depan. “Ia benar-benar rendah di langit tetapi berada betul-betul di sebelah Musytari,” katanya. Nama sebenar komet itu ialah 12P/Pons-Brooks tetapi mendapat gelaran komet ‘syaitan’ kerana letusan dari nukleusnya menyebabkan ia seolah-olah mempunyai dua tanduk. Komet yang mempunyai diameter 34 kilometer itu melintasi Bumi sekali bagi setiap 71 tahun. Menurut Tucker, tarikh terbaik untuk melihat komet itu adalah pada hari Khamis, 25 April ini.
“Komet itu masih cerah dan ia sedikit lebih tinggi. Jadi, 25 April sehingga ke hujung minggu depan (komet itu akan kelihatan cerah),” katanya. – AGENSI |
dio5774 replied at 22-4-2024 11:10 AM
tanda2 kiamat dah dekat bintang berekor akan muncul selama 3 hari
ADVERTISEMENT