CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azira Shafinaz Perjelas Isu Lagu ‘Alamak Raya Lagi’ – ‘Saya Rasa Ramai Yang Salah Tafsir’

19-4-2024 09:46 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 18941| Komen: 95




Fenomena lagu Alamak Raya Lagi nyanyian kumpulan De Fam mendapat pelbagai reaksi termasuk daripada ilmuan agama.

Ia berikutan timbul dakwaan, lagu tersebut seolah-olah menggambarkan situasi tidak bersedia untuk menyambut aidilfitri.

Ketika ditemui OhBulan! salah seorang ahli kumpulan De Fam iaitu Azira Shafinaz menjelaskan tentang isu tersebut.

Menurut Azira, terdapat segelintir pihak yang menyalah tafsir erti perkataan ‘alamak’ dan menafikan dakwaan bahawa lagu tersebut mengetengahkan unsur yang negatif terhadap sambutan lebaran.

"Ramai tak tahu, sebenarnya lagu ini dah siap setahun lalu dan kami mahu keluarkan pada tahun 2023. Tapi disebabkan beberapa masalah, kami terpaksa tangguhkan ke tahun ini.

"Ada yang anggap perkataan ‘alamak’ itu untuk gambarkan suasana hari raya. Kami tak ada niat pun untuk mengatakan yang kami tak gembira untuk menyambut hari raya. Saya rasa ramai yang salah tafsir lagu itu."


Sementara itu, selebriti berusia 32 tahun ini mendedahkan bahawa lagu tersebut diilhamkan daripada situasi sambutan hari raya pada tahun 2022.

"Lagu ini inspirasinya raya terkejut 2022 sebab tu nak keluarkan pada tahun 2023.  Kalau tengok lirik tu semua jadi huru-hara, apa yang berlaku semasa raya terkejut tahun itu."

"Ini adalah situasi di mana semua orang boleh kaitkan, memang indahnya raya tapi dalam masa yang sama ada momen ‘hiccup’. Alamak tak jadi itu, alamak tak jadi ini..contohnya begitu."

"Kami hanya mahu semua orang enjoy lagu ini, jangan fikir terlalu mendalam."

Azira berkata demikian ketika ditemui pada malam tayangan perdana filem Sheriff: Narko Integriti yang berlangsung di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada malam Selasa.

Dalam pada itu, Azira akui terkejut apabila mengetahui lagu tersebut telah tular hingga Korea dan Jepun.

"Untuk De Fam sendiri, kami tak sangka lagu raya pertama kami akan viral sampai ke luar negara.

"Peminat tag dan kami sangat terkejut macam mana dia orang tahu lagu ini. Bila dah capai ke tahap market luar, Alhamdulillah views dekat YouTube pun naik. Sekarang saya rasa dalam 15 juta dan target kami 20 juta."

"Kalau sampai 20 juta sebenarnya De Fam nak buat rumah terbuka."


Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 19-4-2024 10:05 AM
alahhhh lagu jer kot, apa jer laa nk di issue kan,
byk benda lain nk pikir..
enjoy jer laa lagu2 hepi cenggini..
Quote beni_nikaido 19-4-2024 10:06 AM
ler....ada yg komplen pasal lagu ni?
ni kan merujuk pasal raya mengejut tu
Quote Diamondmoney 19-4-2024 10:09 AM
Siap mufti terengganu kt bole jd hukum haram. Pebenda la
Quote naina 19-4-2024 10:10 AM
Patutnya lirik macam ni

Alamak esok raya

Bukan alamak raya lagi

Macam mengeluh

Raya 2022 tu esok raya betoll2 terkejut
Quote Diamondmoney 19-4-2024 10:10 AM
Rasa cm extreme sgt. Aku masa 1st time dgr lagu ni takde terpikir yg bukan2 pun..rasanya semua org pun cmtu. Enjoy je la lagu raya. Over sgt smpai jatuh hukum haram
Quote likilu 19-4-2024 10:17 AM
Masih tak terlambat nak tukar perangai bagi negative connotation kepada symbol agama terbesar umat Islam ni

Tukar lirik ke apa. Ko nak ke tanggung childhood memories for berpuluh tahun akan datang yg raya ni segalanya negative, time tu syariat memang tak banyak dah diamalkan, dan ko jadi penyumbang.

Takyahlah defensive, menang kat dunia je.
Quote Thunderclouds 19-4-2024 10:18 AM
Overthinking.
Oversensitip.
Lagu je pon.
Halah.
Quote likilu 19-4-2024 10:19 AM
naina replied at 19-4-2024 10:10 AM
Patutnya lirik macam ni

Alamak esok raya

Tak pernah lagi terkejut raya, setahun tunggu, sebulan puasa, kalau raya awal tu hadiah sangat. Tahun ni syukur sangat pose 29 hari je, dugaan cuaca kesihatan semua.

Dari kecik sampai besar tiap tiap tahun raya
Takde sapa sapa pun terkejut


Halussss permainan.
Quote naina 19-4-2024 10:22 AM
Aku pun pelik macam mana netizen ni boleh berfikir sampai macmtu
Mula2 aku dengar enjoy je..
Pahtu bila.ramai.kata lirik tak elok siap huraian
Aku macam lahhhh begitu kah??
Ni semua gara2 netizen yang ada penyakit ocd atau anxiety kot suka overthinking dan over react
Hidup tak relax..
Quote ninajaybee 19-4-2024 10:23 AM
naina replied at 19-4-2024 10:10 AM
Patutnya lirik macam ni

Alamak esok raya

Betul. Kalau hanya alamak esok raya tak jadi isu pun.

Dahtu lirik tu menggambarkan semuanya bukan kelam kabut tapi semuanya negatif. Seperti tak sangka langsung akan raya *lagi*.  Ada beza kelam kabut dan negatif.
Quote naina 19-4-2024 10:24 AM
likilu replied at 19-4-2024 10:19 AM
Tak pernah lagi terkejut raya, setahun tunggu, sebulan puasa, kalau raya awal tu hadiah sangat. Ta ...

Apa yang haluss permainan tu?
Kalau raya awal sehari tiba2 dari tarikh kelander memang terkejut la. Lainlah kalau sejenis semua terhidang tak perlu buat apa2. Memang tenang2 jelah menadah.
Quote KamikuP 19-4-2024 10:26 AM
yG OVERTHINKING ni mesti sunat lazer.. lagu je pon .. hapoo la kome ni
Quote sara_thrash 19-4-2024 10:28 AM
naina replied at 19-4-2024 10:24 AM
Apa yang haluss permainan tu?
Kalau raya awal sehari tiba2 dari tarikh kelander memang terkejut la ...

walau raya awal sehari pun just terkejut je lah tapi idok la sampai alamak raya lagi sebab walau awal atau lambat raya tu tetap la akan raya bukan nya semalam dah raya eeh tetiba harini raya lagi..

Quote naina 19-4-2024 10:29 AM
ninajaybee replied at 19-4-2024 10:23 AM
Betul. Kalau hanya alamak esok raya tak jadi isu pun.

Dahtu lirik tu menggambarkan semuanya buka ...

Ayat "lagi" ni biasa memang kita guna untuk merungut. Macam "apa lagi!", tak siap lagi??
Ada lagi??.. haaa macam tu kita tak suka.
Kalau alamak esok dah raya tu macam kita tak sedar lah cepatnya masa berlalu..
Gituhhhh meols huraikan sendiri..
Quote tulip-rain 19-4-2024 10:33 AM
Ade isu rupanya lagu ni.
First time aku dengar lagu ni suka je. Takde pikir benda lain pulak.
Quote jebatmaspunyer 19-4-2024 10:52 AM
Isunya pasal "Alamak Raya Lagi" rasanya. Tapi kalau ikut konteks lirik lagu tu cam citer seseorang y kelam kabut nk sambut raya.
Quote asfaz 19-4-2024 10:53 AM
Dgr lagu ni memula pun dah tau rujuk raya mengejut tu. Tpi lelama bohsan dgr
Alamak alamakkk pastu lagu kita bikin romantis.  
Cair telinga dgr
Quote prettyuglybabe 19-4-2024 11:01 AM
kesian generasi nijam tak pernah merasa esok tiba-tiba raya..
baru sekali raya mengejut dah kalut..
zaman 80s 90s best je ramai-ramai tunggu pengumuman puasa raya depan tv..
kalau tak raya ramai-ramai like alaaaaa kena puasa...
kalau raya kemain happy berdesup hidup api tenggek ketupat rendang..
Quote Bergosip 19-4-2024 11:09 AM
likilu replied at 19-4-2024 10:19 AM
Tak pernah lagi terkejut raya, setahun tunggu, sebulan puasa, kalau raya awal tu hadiah sangat. Ta ...

2022 bukan raya terkejut ke?

sampaikan lemang dengan ketupat yang iols order dapat pada petang raya. order sepatutnya dalam last day puasa tapi 2022 raya sehari awal. jadi, dapat pada petang raya

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.042793 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top