CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dikejarkan Ke Hospital, Lana Nodin Alami Bengkak Usus

19-4-2024 09:10 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 20768| Komen: 89



PELAKON Lana Nodin mengesahkan mengalami jangkitan kuman pada usus yang mengakibatkan sakit perut kronik sehingga dikejarkan ke hospital pagi tadi.

Kata Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hassan Nodin, 44, kesihatannya mula terjejas sejak beberapa hari lalu yang berkemungkinan berpunca daripada keracunan makanan.

“Ramai tanya saya sakit apa. Saya bukan tak mahu jawab panggilan wartawan dan rakan artis tapi saya dah alami ini (sakit) tiga, empat hari.

Baru hari ini ada tenaga nak bercakap. Saya disahkan doktor mengalami jangkitan pada usus, salah makan atau keracunan makanan saya tak tahu.

“Saya masih di sini, di hospital. Tak boleh bangun kerana bengkak usus,” katanya menerusi perkongsian video dalam Instagram, sebentar tadi.

Perkembangan terkini itu melegakan ramai selepas dia dimaklumkan mendapatkan rawatan kecemasan di sebuah pusat perubatan swasta selepas mengadu sakit perut kronik.


Sebelum itu, keadaan kesihatan Lana mengundang kebimbangan ramai apabila pengurusnya menyatakan dia meraung menahan kesakitan dan minta dibawa ke hospital dengan segera.

Punca sakit mahupun keadaan terkininya belum dikongsikan sehingga petang tadi, berikutan pelakon itu tidak menjawab panggilan atau membalas mesej media.


Pada perkongsian sama, ibu kepada dua cahaya mata itu turut meminta maaf apabila tidak dapat membalas panggilan ramai yang ingin bertanyakan khabar.

Lana juga menzahirkan terima kasih atas keprihatinan ramai yang tidak putus-putus mendoakan kesihatannya. 

Sumber -HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zeetot 19-4-2024 09:16 AM
Dia ada buat batriatic ke?
Quote manehnya 19-4-2024 09:20 AM
patutlah dah insaf
Quote manehnya 19-4-2024 09:20 AM
patutlah dah insaf
Quote DukunSentet 19-4-2024 09:36 AM
Ko bedal apa ye time raya aritu..cer ingat balik..risau aku kadang2 pie beraya mkn kat rumah jiran2 yang dapurnya diragui tahap kebersihan..siap tikus berlari berkejaran celah2 periuk..

Hmm tak makan kang kecik ati plak tuan rumah..hmm tawakkal jerlah..

Quote Mimo.mimo 19-4-2024 09:40 AM
Perut terkujat kot. Sebulan puasa, elok jaga makan. Seminggu raya, semua disumbatnya.
Quote helicornia 19-4-2024 09:55 AM
dengar kt radio td mcm jangkitan kuman kt usus. gws lana
syukur le kita masih sihat
Quote helicornia 19-4-2024 09:55 AM
dengar kt radio td mcm jangkitan kuman kt usus. gws lana
syukur le kita masih sihat
Quote Diamondmoney 19-4-2024 10:13 AM
Gmbr tgh tido dgn gmbr ig lain sesangat

Semoga cept sembuh lana
Quote jalfa 19-4-2024 10:32 AM
Lana dah pakai tudung dah skunk...cantik herlok dah..cpt sembuh lana.raya sakan ari tu kan..arap.nek rude tanya kabar lana.bff tu..kan kuar list org tak tanya  kabar plak....
Quote cik_ingeniare 19-4-2024 10:36 AM
mesti sakit sangat tu.. gws Lana!
Quote myvi132806 19-4-2024 11:11 AM
Gws LN
Quote imanjannah 19-4-2024 11:18 AM
semoga Lana cepat sembuh
Quote mamajawie 19-4-2024 11:21 AM
dia da pkai tudung ke?btw gws lana..kesian dia sefamily dulu anak dia billy kua masuk IJN..

tp yg penting laki tinggi herlok ehhhhhhh tiberrr
Quote mayaHD 19-4-2024 11:30 AM
Suami lana tak tolong buat list ke sapa call sapa wish
Quote jihyomelly 19-4-2024 11:41 AM
gws..xnak hencap sbb sejak bertudung dah kurang merempan..tgk kat ig nampak ritrud pergi melawat
Quote I.K.A888990 19-4-2024 12:06 PM
semoga cepat sembuh ye kak
Quote 3chanceno 19-4-2024 12:12 PM
Semuga cepat sembuh & sihat.
Quote gideoncross 19-4-2024 12:20 PM
Smoga cpat smbuh, Amin2 YRA
Quote Fly_over 19-4-2024 01:12 PM
gws lana. lana pn ramai retis, wartawan cari nak tanya kabar. sendat meraung2 kt socmed pn list yg tanya kabar pendek jur

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.043795 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top