Baru-baru ini, nama pelakon dan pengacara Amelia Henderson menjadi sebutan orang ramai susulan isu mengenai loket rantai yang dipakainya menyerupai bentuk salib. Namun, dia meminta agar orang ramai tidak mengeruhkan keadaan dengan perdebatan yang tidak perlu. Menurut Amelia atau nama penuhnya Amelia Thripura Henderson, 28, ada banyak perkara lebih mustahak untuk dibincangkan berbanding isu tentang loket dipakainya itu. Meskipun pada awalnya aktres ini tidak mahu mengambil pusing hal ini, tetapi disebabkan kecaman semakin berleluasa, Amelia terpaksa memuat naik kenyataan di media sosialnya. "Saya sebenarnya tak nak membincangkan perkara ini, tetapi saya sangat marah, "Banyak perkara buruk yang terjadi di dunia ni dan orang ramai lebih mengambil tahu tentang rantai? "Tak malu ke? Jangan ganggu saya." Demikian kenyataan yang dimuat naik oleh Amelia melalui laman X baru-baru ini menjawab kepada kecaman netizen. Dalam pada itu, seorang individu turut tampil menjelaskan loket rantai yang dipakai Amelia merupakan loket ballerina dan bukan salib. Sebelum ini, sebuah video tular di aplikasi Tik Tok memaparkan Amelia dan aktor Aedy Ashraf yang sedang menggunakan fikter lucu namun hantaran tersebut dibanjiri dengan kecaman netizen yang mendakwa rantai dipakai Amelia berbentuk salib. SUMBER : X/Beautifulnara |
sharlenetexas replied at 19-4-2024 01:39 AM
Anggun zahara?
Aneem replied at 19-4-2024 08:07 AM
Kalau sekali tgk, nampak mcm salib.
Boleh ke islam pakai sebarang aksesori yg menyerupai bnd2 gitu? ...
rayna_raynes replied at 18-4-2024 05:21 PM
Biasalah org melayu. sedangkan bentuk four leaf clover pun diorang kata salib apatah lagi bentuk T m ...
mamajawie replied at 19-4-2024 11:13 AM
logo beg Tory Burch pun macam salib yachh..i ada minat 1 sling bag dia tapi nk beli kang family i me ...
ADVERTISEMENT