Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Harun berkata, aksi dan gaya tarian menggunakan lagu ‘Alamak Raya Lagi’ yang menjadi trend masa kini boleh membawa kepada hukum haram sekiranya pelaku mendedahkan auratnya. Jelas beliau, trend melenggokkkan bentuk badan yang dilakukan wanita beragama Islam perlu dielakkan kerana ia dilihat menjatuhkan maruah mereka selain mencemarkan keharmonian perayaan Aidilfitri. Dalam masa yang sama, beliau meluahkan rasa kesal dengan tindakan segelintir masyarakat kita yang mudah terikut-ikut dengan trend semasa tanpa memikirkan positif atau negatif trend itu. "Sepatutnya perbuatan tersebut dielakkan kerana boleh menonjolkan aurat yang boleh membawa kepada haram."
Beliau menyeru umat Islam supaya berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu. Jika tidak, ia dibimbangi akan menjerumuskan diri kepada fitnah yang mencemarkan budaya Islam itu sendiri. Terdahulu, tular di media sosial lagu ‘Alamak raya lagi’ nyanyian kumpulan De Fam yang didakwa berunsur negatif. Ada pihak mendakwa lirik yang dinyatakan seolah-olah mengeluh dengan kehadiran Aidilfitri yang sepatutnya disambut dengan penuh rasa syukur. SUMBER : Sinar Harian/Beautifulnara |
dua_chzy replied at 18-4-2024 08:29 AM
Mentang2 pompuan cantik yang nyanyi....Baju pun loose ja aku tengok. Kalau pompuan gundu huduh nyany ...
hayrin86 replied at 18-4-2024 09:04 AM
Nasib baik taknah minat dgr lagu Raya zaman sekarang.
_blackbird replied at 18-4-2024 09:52 AM
aku ni kalau yg terkinja2 menggeletis kat tiktok saiz S ke bawah ok jer... takda la seksa mata meman ...
FOTHER-MUCKER replied at 18-4-2024 09:22 AM
Habislah melayu semua boleh jatuh harsm
ADVERTISEMENT