Pelakon Datin Intan Najuwa menafikan dirinya menyuntik bibir seperti didakwa seorang individu. Menurut Intan, dia tidak melakukan sebarang suntikan dan menjelaskan hanya melukis bentuk bibirnya ketika memakai gincu. "Makcik, saya tak cucuk bibir makcik. Saya overline saja lips saya masa pakai lipstick." Intan menjelaskan mengenai perkara itu pada sebuah komen yang ditinggalkan seorang individu di Instagram miliknya dengan mendakwa dia menyuntik bibir. "Intan ini cucuk bibir ke?" Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas turut mengkritik tindakan individu itu dan menegaskan aktres tersebut menggunakan teknik solekan untuk menampakkan bibirnya lebih tebal.
Terdahulu, netizen mempertikaikan foto yang memperlihatkan suami Intan iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman menggunakan tongkat yang dianggap sekadar untuk bergaya. Intan bagaimanapun menegaskan suaminya bukan mengikuti trend semasa, sebaliknya menanggung kesakitan akibat jatuh ketika melakukan aktiviti menunggang kuda. Imbas kembali, Intan mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos 2023 dalam majlis yang berlangsung di sebuah pusat peranginan mewah di Desaru, Johor. Sumber: Instagram/OhBulan |
shernazz replied at 17-4-2024 03:20 PM
Iols suka corak kotak2 begini..
Sebab masa kecik2 mak.iols.suka.beli corak Gini untuk baju Raya iols ...
MadameOnion replied at 17-4-2024 12:48 PM
Dia ni nampak classy bila jadi datin..ni la contoh datin muda..cantik baju raya dia semua
shernazz replied at 17-4-2024 03:20 PM
Iols suka corak kotak2 begini..
Sebab masa kecik2 mak.iols.suka.beli corak Gini untuk baju Raya iols ...
dealova04 replied at 18-4-2024 11:12 AM
sape tau baju dia brand apa ye
EL75 replied at 18-4-2024 11:16 AM
Larney @RM599
ADVERTISEMENT