CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Perempuan Kalau Cinta, Cinta Mati’ – Bella Astillah

17-4-2024 01:24 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15928| Komen: 271



Kisah rumah tangga pasangan selebriti, Bella Astillah dan suami Aliff Aziz mendapat perhatian ramai selepas aktor itu ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies sekitar Mac lalu.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah berkata kebanyakan wanita memiliki sifat setia dalam perhubungan.

"Perempuan kalau cinta, cinta mati."

"Tuhan ini cinta atau…"

Ibu kepada dua orang anak itu kemudian menyanyikan sebuah lagu yang berjudul Mati Matian yang dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Mahalini.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mengatakan lagu tersebut sangat tepat dengan situasi yang sedang dihadapi oleh Bella.

Dalam masa yang sama, mereka juga memberi kata-kata semangat buat aktres berusia 30 tahun itu dalam mengharungi kemelut rumah tangga.

"Bella, teruskan hidup dengan anak-anak. Cari kebahagiaan sendiri, jangan dipandang Alif yang tak hargai Bella."

"Jangan turn back, kami mahu awak gembira sepanjang hidup awak."

"Stay strong Bella, awak layak mendapatkan seseorang yang lebih baik daripada dia."

Terdahulu, Bella mendakwa Aliff telah berlaku curang. Lebih parah lagi, aktor yang berasal dari Singapura itu didakwa pernah menjalin hubungan cinta bersama adik iparnya, Eriqa Astillah.

Bella sebelum itu mengaku ‘menggunakan’ pelakon baharu, Muaz Zabir untuk membuat suaminya cemburu. Ia susulan tersebarnya foto dan perbualan mesra mereka di media sosial.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.


Sumber: TikTok Bella Astillah/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 17-4-2024 01:27 PM
kau sorg jer cinta mati kt alip tu
Quote doodlediddle 17-4-2024 01:28 PM
Edited by doodlediddle at 17-4-2024 01:32 PM

Muaz cinta ape? Palsu? Fake? Decoy? Tapi jauh dah pegi jln2 together gethet bb y shayangss
Anyway, cinta mati tu Betul tapi utk kau… cinta bodoh  piang + pakej hanak hikan sekali!
Quote bulalof 17-4-2024 01:31 PM
sudah2 la nak justify semua benda. u r exposing more of your stupidity.
Quote dewi_rina 17-4-2024 01:34 PM
Ko nak bgtau apa ni? Nak bgtahu ko cinta mati kat budak muaz tu ke.. Eh btw tak budak pun, dia dah 27.. Ko 30
Quote anilanil 17-4-2024 01:35 PM
Focus je la dgn proses serai. Cinta mati ke, cinta fengsan ke itu nanti le ko membawang. Ex bff ko mencari cinta Ilahi.
Quote buapakperut 17-4-2024 01:44 PM
cinta mati ke cinta nafsu.
Quote dewi_rina 17-4-2024 02:05 PM
Tu namanya obses bella! Mcm ko obses sgt kat alip tu sampai ada gps, recorder, ikut dia kemana-mana sampai dekat gv pun nak tengok guest list
Quote gideoncross 17-4-2024 04:28 PM
doodlediddle replied at 17-4-2024 01:28 PM
Muaz cinta ape? Palsu? Fake? Decoy? Tapi jauh dah pegi jln2 together gethet bb y shayangss
Anyway, c ...

Penat jdi MZ, dh tngok BA roleplay jdi Little Red Riding Hood, last2 x d anggap yg trsyg, stakat toyboy je
Quote cicicumel 17-4-2024 04:34 PM
dewi_rina replied at 17-4-2024 01:34 PM
Ko nak bgtau apa ni? Nak bgtahu ko cinta mati kat budak muaz tu ke.. Eh btw tak budak pun, dia dah 2 ...

Rasanya x ramai yg tahu pasal telegram edisi umat tu..even socmed sampah mcm Mstar,SiakapKeli pon mcm x dedah sgt nyanyi psl skandal muaz tu..so di mata kebanyakan marhein, hanya nmpak kesalahan Aliph .
Quote dewi_rina 17-4-2024 04:41 PM
cicicumel replied at 17-4-2024 08:34 AM
Rasanya x ramai yg tahu pasal telegram edisi umat tu..even socmed sampah mcm Mstar,SiakapKeli pon  ...

Betul tu, kat ofis i pun dorang taktau pun pasal ni. Dorang dok gelak2 alip curang 11 kali, bella setakat mcm tu je.. Dorang kalau tengok tele tu confirm terkejut, terus benci bella gamak nya

Tapi ada jugak dah tengok pun dok back up lagi, tak paham iols
Quote rumahbiru 17-4-2024 04:52 PM
dewi_rina replied at 17-4-2024 04:41 PM
Betul tu, kat ofis i pun dorang taktau pun pasal ni. Dorang dok gelak2 alip curang 11 kali, bella  ...

apa nama telegram tu? ke takat dialog yang kena screenshot tu?
Quote manehnya 17-4-2024 04:59 PM
bau mcm nk uturn je..

curang, maafkan, repeat
Quote dewi_rina 17-4-2024 05:05 PM
rumahbiru replied at 17-4-2024 08:52 AM
apa nama telegram tu? ke takat dialog yang kena screenshot tu?

edisi umat..

masuk je dalam tu, sebelum tu selawat banyak2
Quote makneng 17-4-2024 07:51 PM
So bellahhh cinta mati kat alip boyan ke kat fish child?
Quote azimodin 17-4-2024 08:21 PM
Kalau sis eh aidahhh nak buat drama untuk geng2 shameless ni, iouls ada beberapa cadangan
1. Isteriku red riding hood
2. Cintaku berkalung love bite
3. 3 jam ku menjaga suamimu
4. Anakku petani putik jagung
5. Ku sangkakan 2, rupanya 12
6. Suamiku ex-bouncer kecanduan cinta lantas mengejar cewek2 saban hari lalu tertangkap kering saat menunggu temannya masak makan sore di tengah malam
Quote MadameOnion 17-4-2024 08:28 PM
Kemek,kemut,putik ketiganya iols menyampah...tapi iols suka je cerita dorang ni sbb bosan la kekadang takda benda nak baca..bit iols harap sgt kemut dan putik dicancel selamanya dari industri seni malaysia..biarlah si kemek je bertahan sbb dia pun ada anak2 nak dibesarkan
Quote Hoola 17-4-2024 08:33 PM
drakula lovebite tersenyum sinis
Quote bankerpencen 18-4-2024 06:39 AM
Iyolahhhh kemek.
Quote noor2 18-4-2024 06:48 AM
Bodoh!....x kan ko kena hempuk,kena curang pun masih cinta mati....serius bodoh budak nih...

Lihat semua komen(271)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.070854 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top