Pelakon Puteri Sarah memaklumkan dia sudah berjaya menjejaki lokasi tempat kerja individu yang dikenali sebagai Afiq Azni yang sebelum ini mengeluarkan kata-kata hinaan terhadapnya. Menerusi ciapan di platform X, Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, berkata dia juga berjaya mendapatkan nombor telefon bimbit individu tersebut. "Mamat Afiq ini mesti tak pernah kena apa-apa kan. Sebab itu kurang ajar setiap masa dan dia ingat terlepas. Dekat dalam media sosial sahaja berani. "Dah tahu tempat kerja dia dan dah ada nombor telefon pun. Ramai sakit hati dengan kau ni. Kau ingat deactive, kes tutup?"
Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran di entri sama, ibu kepada dua cahaya mata itu berharap individu terbabit dibuang dari tempat kerjanya sebagai penghantar makanan. "Dengar kata tengah training. Tolong buat staff toksik begini. Since kalian (majikan) pun dah tahu perkara ini viral." Terdahulu, seorang individu dikenali sebagai Afiq Azni meninggalkan komen berbentuk hinaan pada sebuah hantaran di Instagram Puteri Sarah dengan menggelar dia dan aktres, Bella Astillah sebagai ‘geng secondhand’. Berang dengan komen tersebut, Sarah berkata dia nekad untuk mengambil tindakan undang-undang. Sumber: X/Ohbulan |
hokeypokey replied at 17-4-2024 01:32 PM
asyik sentap jer minah ni..
anilanil replied at 17-4-2024 02:18 PM
Mamat afiq azni ni baru install socmed ke? Nak membawang pakai account pelesu la woiii....
justchu replied at 17-4-2024 02:25 PM
account pelesu pun boleh check ip dia kan
anilanil replied at 17-4-2024 04:02 PM
Ye boleh check ip. Sbb itulah mastura kekal misteri di suatu lokasi di selangor. Tiada pertuduhan ...
ninajaybee replied at 17-4-2024 03:47 PM
Tapi faktanya memang second hand pun. Terpakai. Kenapa nak marah? Bahasa je kasar tak berlapik.
kikilalapooh replied at 17-4-2024 05:27 PM
kalau boleh check IP, kenapa kekal misteri lak. sebenarnya senang sgt nak tau location devices.
tasha replied at 17-4-2024 06:29 PM
Meluat...yak abis nk merempan nk menyaman tp sampai hari tak nmpk sekor pun yg kena saman....kat b ...
ADVERTISEMENT