Pernah digelar ‘Hero Malaya’ suatu ketika dahulu, pelakon Remy Ishak mengakui tidak berasa tercabar dengan kehadiran bakat baharu yang saban tahun semakin ramai mewarnai industri seni. Menurut Remy, tiada sebab untuk dia berasa tergugat mahupun bersaing antara satu sama lain kerana menganggap mereka berada pada ‘liga’ yang berbeza. "Saya ambil contoh macam permainan bola sepak, ada Liga Malaysia ada Liga Super. Jadi kami pada liga yang berbeza sebenarnya. Buat apa untuk kami bersaing." "Rasa terancam atau sebagainya tidak langsung. Tetapi dengan kehadiran bakat-bakat baharu ini akan menggantikan bakat lama. Saya dulu pun begitu juga, proses itu memang ada." "Andai nama-nama disebut (Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Amir Ahnaf) mendapat permintaan yang tinggi, memang wajar kerana sekarang zaman mereka." "Saya pula ada level saya sendiri, mungkin di filem, OTT (over the top) atau sebagainya."
Sementara itu, disoal adakah Remy menonton karya lakonan pendatang baharu, dia menjawab ada kalanya tidak sempat disebabkan kesibukan kerja. "Tipu lah kalau saya tidak tahu kewujudan mereka. Cumanya kadang kala terlepas untuk tengok hasil lakonan mereka di kaca TV. Sebab lakonan saya sendiri pun kadang-kadang saya tak sempat nak tengok." Dalam perkembangan lain, Remy bakal muncul dengan filem baharu berjudul The Experts. Selain Remy, filem itu turut dibintangi Datuk Aaron Aziz, Maya Karin, Syafiq Kyle dan Mimi Lana. Sumber : OhBulan |
chandrahusin replied at 17-4-2024 08:38 AM
Terpaling level
tapi mmg betul pun
Remy Ishak dlm movie dgn Zul Arifin
anony-mous replied at 17-4-2024 09:27 AM
Klau compare masa remy muda dgn bbnu ni pon bbnu ni klah teruk. Mkin lama mkin xlawa pelakon2 mlaysi ...
azimodin replied at 17-4-2024 10:11 AM
Remi dengan bront another level la. Vibe macho ala2 model dunhill zaman dulu2.
azimodin replied at 17-4-2024 10:13 AM
Tapi kalau compare dengan hero2 movie 80an macam OS, Badul, Shah Reza, ebi saiful kira xlari jauh ...
She-Ra replied at 17-4-2024 11:20 AM
bront tu kan ehh ntahla nak ckp mcm mana
dia punya aura tuuu.. dr dulu sampai sekarang
dgn ala2 ...
ADVERTISEMENT