CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pak cik tersalah tekan pedal

5-7-2013 03:18 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7824| Komen: 86

Petaling Jaya: Akibat tersalah tekan pedal minyak kereta dipandunya, seorang pesara merempuh motosikal dinaiki anggota polis dan rakannya sebelum mengheret kenderaan ringan itu 50 meter dalam kejadian berhampiran Apartmen Lagoon Perdana, Bandar Sunway, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, pesara berusia 60-an itu dikatakan keliru antara pedal minyak dan brek kereta transmisi automatik dipandunya sebelum dia yang hendak menekan brek sebaliknya tertekan pedal minyak.

Seorang saksi yang hanya dikenali sebagai Marzuki, 39, berkata, sebelum kejadian, anggota polis yang tamat bertugas dan rakannya membeli kuih di gerai berhampiran apartmen itu.

“Pesara terbabit pula menunggu rakannya dalam kereta yang diletakkan depan gerai kuih itu dan gerai makanan lain sebelum diminta mengalihkan kenderaannya kerana menghalang operasi perniagaan.


“Tiba-tiba, kereta dipandu pesara itu merempuh motosikal dinaiki anggota polis dan rakannya menyebabkan mereka melambung ke atas jalan,” katanya.

Katanya, kereta terbabit tidak berhenti selepas merempuh motosikal berkenaan, sebaliknya mengheret 50 meter sebelum berhenti selepas melanggar pagar pintu masuk apartmen.

“Saya difahamkan anggota dari Balai Polis Sunway itu dan rakannya cedera ringan pada tubuh dan kaki sebelum dihantar ke hospital oleh orang ramai.

“Pesara terbabit tidak cedera tetapi trauma dengan kejadian itu yang pertama kali berlaku terhadapnya,” katanya.

Marzuki berkata, pesara terbabit mengaku tersalah tekan pedal minyak dan gagal mengawal keretanya akibat panik selepas merempuh motosikal berkenaan dan mengheretnya sehingga pintu masuk apartmen.

“Dia cuba menekan brek selepas masuk gear pada D ketika mahu mengalihkan kereta malangnya tertekan pedal minyak dengan kuat menyebabkan kereta memecut ke hadapan,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote snipersnake 5-7-2013 09:31 AM
ini sebab kereta auto nih sebenarnya bahaya. kalau manual, dlm keaadan terkasima mcm tuh, org biasanya akan melepaskan clutch, menyebabkan kereta berhenti tiba2. tuh sbb aku tak setuju kereta auto buleh dibuat test JPJ.
Quote xpdckelate 5-7-2013 09:34 AM
panik punya pasai
Quote achik84 5-7-2013 09:37 AM
ni kalau perempuan yg bwk mst dh kena kutuk berbakul2 ni....
Quote ssr 5-7-2013 09:45 AM
mengelamun pakcik ni.
Quote ciklipoo 5-7-2013 09:46 AM
kalo panik mmg mcm tu...tambah kalo keta auto...bahaya....
Quote PostBanhammer 5-7-2013 09:47 AM
achik84 posted on 5-7-2013 09:37 AM
ni kalau perempuan yg bwk mst dh kena kutuk berbakul2 ni....

benda yang sama aku pikir... padahal lelaki pon cam lahanat jugak.

p/s: aku lelaki.

Quote seroja11 5-7-2013 09:50 AM
ari tu mak cik tersalah tekan pedal minyak..hari ni pak cik plak....lepas ni kita tengok sapa yg kenaaa..
Quote amal12bh 5-7-2013 09:56 AM
kalau perempuan da lama depa kata

"stereotype ladies driver"...

sedangkan yg byk mengorbankan nyawa lelaki drivernya..

Quote reeny 5-7-2013 10:10 AM
kesian pakcik tu, panik agaknya...
Quote achik84 5-7-2013 10:12 AM
PostBanhammer posted on 5-7-2013 09:47 AM
benda yang sama aku pikir...  padahal lelaki pon cam lahanat jugak.

p/s: aku lelaki.


hahaha...
lelaki pompuan sama jer...
lg pn malang xberbau...
aritu yg baru beli keta terjun 1 meter ms parking tu pompuan, so banyak la komen2 kutuk pompuan... Last edited by achik84 on 5-7-2013 10:14 AM

Quote faraway1 5-7-2013 10:16 AM
adakah pakcik ini azalinya wanita
sebab kes kes camni hanya pemandu wanita aje
selalu buat , kata sorang forummer cari yang dirahsiakan namanya...
Quote Mulan 5-7-2013 10:21 AM
faraway1 posted on 5-7-2013 10:16 AM
adakah pakcik ini azalinya wanita
sebab kes kes camni hanya pemandu wanita aje
selalu buat :sleepy ...

baru fikir benda yg sama
Quote dragger 5-7-2013 10:22 AM
pacik tu pening
Quote rokiah_sisip 5-7-2013 10:23 AM
haha ak penah kene camni.. ermm hbs rmh parking kat area dang wangi kene rempuh gan ak.. huhuuu
Quote tongkatwaran75 5-7-2013 10:23 AM
sekali baca.. pacit salah mkn pedal (empedal ayam)
Quote itik_magic 5-7-2013 10:24 AM
pakcik ni pasti x biasa bwk keta auto ni.............
Quote tongkatwaran75 5-7-2013 10:30 AM
bezanya;
pacit tu dah 60 thn salah tekan pedal...lumrah la org tua...
tapi yg pompuan tersalah tekan pedal...
muda-muda lagi...
Quote rina79 5-7-2013 10:30 AM
kesian pakcik ni
msti dia panik
Quote Vokuro 5-7-2013 10:31 AM
bimbo punya pakcik, ummah flatt pprt kah?

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.088990 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top