Ibu kepada Aliff Aziz iaitu Siti Hafizah Basharahil memohon orang ramai mendoakan yang terbaik untuk anaknya selepas penyanyi itu enggan melafazkan cerai terhadap isterinya, Bella Astillah. Ketika ditemui OhBulan! Hafiza turut mengajak semua orang untuk berbuat perkara yang baik di 10 malam terakhir Ramadan. "Mohon semua mendoakan yang terbaik untuk Aliff, insya-Allah hasil yang dapat juga nanti yang terbaik. "Sekarang ini kita berada di 10 malam terakhir Ramadan, kita semua patut buat perkara yang positif. Moga-moga semua mendapat kebaikan." Hafiza berkata demikian ketika ditemui sejurus sebutan kedua kes cerai talak dengan kebenaran mahkamah membabitkan Aliff dan Bella di mahkamah di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan, Kuala Lumpur pada Khamis. Sementara itu, Hafiza berkata dia enggan mengulas lanjut mengenai tindakannya yang tidak lagi mengikuti akaun Instagram menantunya, Bella.
"Tiada pilihan. Berkenaan perkara itu tiada apa-apa pun. Kalau boleh saya tidak mahu bercakap tentang yang negatif, saya mahu yang positif sahaja." Sementara itu, disoal mengenai komen netizen yang membuat perbandingan antara dia dan Datin Patimah Ismail, Hafizah menjawab dia hanyalah seorang ibu kepada Aliff Aziz. "Fasal itu no komen, saya hanya syukur dan ucap alhamdulillah. Saya hanya Hafiza iaitu ibu kepada Aliff Aziz." Hafiza juga hanya menyatakan ‘insya-Allah’ apabila ditanya adakah dia masih mahu melihat Aliff bersama Bella. Terdahulu, Aliff enggan menceraikan isterinya, pelakon dan penyanyi Bella Astillah ketika sebutan kedua cerai talak di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis dengan alasan masih sayang. Hakim syarie Wan Mohd Najib Wan Hamat kemudian menetapkan untuk melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP). Bella melantik kakak angkatnya iaitu Roslinda manakala Aliff melantik ibunya Siti Hafiza untuk prosiding JKP. Perbicaraan JKP seterusnya pada 4 Jun. Pada 13 Mac lalu, Bella telah memfailkan perceraian terhadap Aliff secara ekspres namun penyanyi itu tidak muncul pada hari perbicaraan. Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4. Pasangan ini pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku curang namun kembali rujuk ketika Bella dalam tempoh edah. Sumber : OhBulan |
ezacbee replied at 5-4-2024 05:43 AM
Jauhkan diri dari acik spesis ni.. acik ni sama cam mak aduh pelakon tu sapa nama.. yg taik lalat ka ...
doubleA replied at 5-4-2024 06:05 AM
Bangga bethol dia macam anak dia superstar/idola masyarakat. Tapi kenapa la produser2 malaysia ni ma ...
doubleA replied at 5-4-2024 06:05 AM
Bangga bethol dia macam anak dia superstar/idola masyarakat. Tapi kenapa la produser2 malaysia ni ma ...
ADVERTISEMENT