Susulan keengganan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz menceraikan isterinya, Bella Astillah hari ini, keputusan itu ternyata telah mengejutkan ramai pihak. Ditemui media setelah sebutan kes perceraiannya hari ini, Aliff berkata dia akan mencuba sedaya upaya menggunakan peluang yang ada bagi menyelamatkan rumah tangganya bersama Bella demi anak-anak.
"Buat masa sekarang saya akan menggunakan segala peluang yan ada untuk Aliff selamatkan rumah tangga Aliff, demi anak-anak. Saya rindu anak-anak." "Saya buat silap, banyak silap tapi di hujung hari ini bukan keputusan yang terburu-buru. Dalam hal rumah tangga tak perlu ada pengaruh luar." Dia dalam pada itu memohon ruang daripada orang ramai agar prosedur mahkamah berjalan lancar. Hari ini, pasangan itu hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi sebutan kedua kes perceraian yang difailkan Bella Astillah terhadap Aliff Aziz. Keputusan itu dilakukan setelah Aliff didakwa berlaku curang dengan beberapa wanita selain kes penangkapan khalwat di antara pelakon itu dengan aktres Ruhainies tempoh hari. Sumber : Beautifulnara
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|