Penyanyi rap dan pensohor media sosial, Caprice tampil memberikan pendapatnya mengenai isu curang yang berlaku di antara Bella Astillah dan pelakon baharu, Muaz Zabir. Ujar Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, perbuatan curang adalah satu kesalahan besar buat mereka yang masih berstatus isteri dan suami orang.
"Secara umum, kepada kaum lelaki dan perempuan dekat luar sana. Tak kisahlah berapa kali korang curang, tapi kalau korang masih ada status suami atau isteri orang, benda tu tetap salah. Tak kisah lah apa hal punya alasan, salah tetap salah." "Kepada sesiapa nak sebelahkan perempuan ke lelaki itu, korang semua tak faham apa hukum dalam Islam kalau curang dalam status berkahwin." Tambahnya lagi, dia tidak menyebelahi mana-mana pihak dan enggan mengulas lanjut mengenai isu yang menjadi tular itu. Terdahulu, gempar di media sosial apabila penyanyi dan juga aktres itu didakwa menjalinkan hubungan sulit bersama seorang pelakon lelaki baharu. Mesej dan juga foto mesra kedua-duanya kemudian turut tersebar sekaligus menjadi tular di media sosial. SUMBER : Instagram/Beautifulnara
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|