PETALING JAYA – Tular di laman TikTok @RienSiti SHOP EMPIRE, aksi berbahaya seorang murid sekolah melompat turun melalui tingkap belakang sebuah van sekolah yang sedang bergerak. Menerusi perkongsian video tersebut, murid lelaki dalam lingkungan usia lapan hingga 10 tahun itu dilihat melompat turun dari tingkap ketika van sekolah itu masih bergerak di jalan raya. Bagaimanapun dengan kelajuan van sekolah antara 10 hingga 20 kilometer sejam itu, murid berkenaan berjaya sampai di depan sekolah terbabit sebelum berlari memasuki kawasan pekarangan sekolah. Dengan kapsyen ‘nasib tak jadi apa-apa’ aksi tersebut sempat dirakam oleh seorang penduduk yang kebetulan berada di kawasan tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna resah dengan aksi berbahaya sedemikian kerana ia bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah pengguna jalan raya yang lain. “ Bahaya la.. parent (ibu bapa) kena alert (ambil perhatian), kena tegur benda silap ni.. dah turun berlari pula depan van,” ujar QairielTT. “ Lepas tu pemandu dipersalahkan.. kesian pemandu. Hanya menjalankan tugas,” komen Cakeboy. “ Allahu bahaya ni. Kawan aku meninggal kena gilis, bas belum stop (berhenti) tapi dia sudah loncat keluar, bahaya.” Sehingga kini video tersebut telah mencapai 1.4 juta kali tontonan, 47.8 ribu tanda sukaan dan 1917 kali perkongsian. Sumber – KOSMO! ONLINE |
dua_chzy replied at 2-4-2024 10:59 PM
Kalau anak acik2 ada perangai gini, bawak gi terapi ya. Ni bukan nakal, ni tak normal punya perbuata ...
Skuau replied at 3-4-2024 07:43 AM
syukur...cikgu boleh 'melihat dan memahami' drp sudut sains...terlebih dahulu..walau bkn ...
dua_chzy replied at 2-4-2024 10:59 PM
Kalau anak acik2 ada perangai gini, bawak gi terapi ya. Ni bukan nakal, ni tak normal punya perbuata ...
ADVERTISEMENT