CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Misi Cari Kerja Demi Anak, Lunas Hutang – Datuk Red

26-3-2024 09:19 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15318| Komen: 124


SUAMI kepada penyanyi Adira iaitu Datuk Red mengundang perhatian ramai apabila memuat naik sebuah hantaran sedang mencari pekerjaan dalam akaun TikToknya hari ini.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu itu, dia berharap ada pihak yang sudi memberinya pekerjaan ketika ini.

Misi mencari pekerjaan. Harap ada sudi memberi,” katanya ringkas dalam foto tersebut.

Dalam ruangan komen pula dia menjelaskan tujuan mencari pekerjaan adalah untuk melunaskan hutang dan mencari rezeki buat anak-anaknya.

"Terima kasih semua, saya nak mencari rezeki demi anak-anak dan membayar hutang."

“Semoga tuan semua dimurahkan rezeki, bantu ikuti akaun TikTok saya,” katanya lagi.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mula membuat andaian bahawa keputusan dua isteri Datuk Red iaitu Datin Red dan Adira yang mahu bercerai dengannya baru-baru ini adalah disebabkan hutang.


Tidak kurang juga ada yang menyarankan dia aktif dalam media sosial kerana boleh menjana pendapatan lumayan.


"Patutlah dua isterinya minta cerai."

“Tak mengapa Datuk, jangan malu bermula dari bawah. Apa kata buat macam Adira jadi content creator?” komen netizen.

Pada Januari lalu, Datin Red memfailkan perceraian ke atas suaminya namun Datuk Red enggan menceraikan isteri pertamanya itu.

Dalam pada itu, Adira turut memfailkan perceraian kerana tiada persefahaman di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor pada 25 Oktober tahun lalu.

Namun, proses mendengar laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, pada 5 Mac lalu gagal menemui jalan penyelesaian dan mahkamah melanjutkan kepada proses Hakam yang akan berlangsung pada 24 April 2024.

Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia -setahun.

Sumber  – HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote heythere123 26-3-2024 09:21 PM
geli la tengok orang berduit cosplay jadi orang susah.

Quote bukan_ustazah 27-3-2024 03:10 AM
Dia memang dah susah ke?
Quote cmf_jeangrey 27-3-2024 04:09 AM
Biawak rupanya..dalam muflis tu sempat kau buat anak 3 org lagi

Semoga dpt lah kerja yg dicari2 dan byr nafkah anak2 tu...jgn bila dah dpt kerja kau tambah pulak bini2 baru ikut sedap kepala kau saja



Quote watymuchaz 27-3-2024 04:31 AM
Ni semua kifarah sbb aniaya first wife, adira and madu pun dpt kifarah jugak.akhirnya semua berantakan.
Quote zuriey 27-3-2024 04:52 AM
Ex bini pertama senyum sinis
Quote noor2 27-3-2024 05:12 AM
Esok2 ko kaya raya balik dua2 bini ko yg mata duitan ni dtg balik kat ko...jgn risau...tgh jatuh ni mmg dua2 lari...
Quote Piramida 27-3-2024 05:38 AM
Dulu pernah terfikir kuat kerja betul Adira ni. Rajin dan pandai pulak bahagi masa.
Byk benda she venture.
Rupanya memang kena cari duit jugak.
Apa pun strong woman lah dia.
Quote 2012264526 27-3-2024 06:01 AM
patut la mcm2 bisness adira ngn tin red buat. demi menutup aib tok red rupanya. bila isteri2 nk cerai bru bunyi nk cari kerja ya
Quote syamzana 27-3-2024 06:59 AM
selama 5thn ni tokred ni buat apa je??? harap duit bini2 je ke? bila dua2 nak cabut lari baru beria nak cari kerja???
Quote cikpisang 27-3-2024 07:25 AM
Baguss ekk bini2 tahan 5 tahun ni. Cash la ni utk si penyondol2 datin red and adira. Akhirnya tak tahan jugak bila laki tu takde duit
Quote PrincessFrog18 27-3-2024 07:49 AM
Komen kat IG ramai yg kena tipu ngan dia ni,mkn duit haram ptt lh muflis
Quote matjerk 27-3-2024 07:55 AM
Sape yg komen bini2 mata duitan tu... aku nk cakap laaa... dia x keje dari 2019. Dia sendiri mengaku dia biawak hidup. So maksudnya siapa yg tggung selama x bekerja tu? N ditambah pulak hutang smpai 5juta.. nk bertahan mcm mana lagi... imagina klu dia mati... hutang2 tu inherit ke anak bini kan? Dan itu pun adira masih menghulur.. bagi rm100... yg dia kata anak2 nk bukak posa x de duit tu.. anak2 mana? Dia sebut anak kedua nk mkn mc D.. anak dari bini pertama lah kan? Baik jugak lah dira.. tetap hulur 100..
Quote cmf_premierleag 27-3-2024 07:58 AM
Merata2 aku baca komen kat tiktok, ramai ngaku yg parents diorg ada beli tanah dr DR ni...tp smpi ke sudah x dpt tanah tu...tp duit dah banyak habis bayar kt DR ni
Spesis mkn duit haram ke DR dan adira dan bini lain dan anak2 ni???
Quote cmf_premierleag 27-3-2024 08:00 AM
Gitu la kalo ada title dato tp no education
DR ni sendiri ngaku dgn umur2 mcm ni, plus no education, susah nk cari keje
Sbb tu dr dulu lg mmg aku pandang sinis je spesis yg bangga title dato datin ke hulu hilir tp zero education
Quote rain2169 27-3-2024 08:04 AM
sebelum jadi papa kedana ni.... dia kaya sangat ke?
bisness apa dia buat ek....?
Quote Suchi 27-3-2024 08:05 AM
Selama ni bini2 ke tanggung?
Tgk gelang adira kemain besor n tebal

Apa cite impian tok red nk ank 20 org?
Patut la naik motor expai je aritu
Umah adira duduk tu umah beli ke sewa tu?
Anak dia hat sulong baru masuk darjah 1 kan,nampak video adira hantar anak dia gaya mcm sek keb tapi xtau la mana.
Quote cmf_premierleag 27-3-2024 08:07 AM
rain2169 replied at 27-3-2024 08:04 AM
sebelum jadi papa kedana ni.... dia kaya sangat ke?
bisness apa dia buat ek....?

Based on bideo interbiu kt tiktok, DR ckp dia buat silap ms JV projek dgn developer mana tah
Itu je dia cite
Selebihnya komen2 kt situ ckp parents/orang tua diorg sume kene tipu dgn DR ni ....beli tanah, duit dah bayar, tp smpi ke sudah x dpt tanah..dah bertahun2 kes ni
Maybe dia broker tanah la kut
Quote Suchi 27-3-2024 08:09 AM
cikpisang replied at 27-3-2024 07:25 AM
Baguss ekk bini2 tahan 5 tahun ni. Cash la ni utk si penyondol2 datin red and adira. Akhirnya tak ta ...

Kalau dah 5 tahun tak keje kira lepas kawen ngn adira tu baru setahun dua tu dah tak keje dia ekk patutla awal2 dulu penah gak nk cerai kan.

Patutlaa dia mcm senyap je sejak akhir2 ni dulu2 kan dia suka ga bg statement ngarut2 nk anak ramai bagai
Quote jlo 27-3-2024 08:10 AM
moga dipermudahkan...untuk dia lunas kan hutang2 tu

Lihat semua komen(124)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.049657 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top