|
Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada memaklumkan anak sulung mereka Humairah sudah boleh menerima kenyataan bahawa ibu bapanya sudah berpisah. Bagaimanapun Shuhada ketika ditemui OhBulan! berkata, anak bongsunya iaitu Umar masih terlalu terlalu kecil untuk memahami situasi tersebut. Humairah sudah tidak kisah (perihal Hafidz). Umar pula sebab dia kecil lagi, dan tidak rasa (kasih sayang seorang bapa). Jadi dia teringinlah. Shuhada berkata demikian sejurus prosiding hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pada Selasa. Dalam pada itu, Shuhada berkata anak bongsunya pernah meminta dia untuk membelikan patung robot sebagai ganti kepada ayahnya. Permintaan itu sekali gus membawa maksud Umar merindui sosok seorang bapa. "Umar pergi dekat saudara dan cakap nak pinjam bapa (ayah saudara). Saya rasa kesian dekat anak-anak. Kalau hal anak ini saya memang sensitif.
"Umar asyik cakap dekat saya, ibu belilah abah robot dekat Shoppee. Sampai macam itu." Terdahulu, mahkamah telah meluluskan permohonan Shuhada bagi kes penambahan pihak iaitu ibunya, Wan Latipah Yusof sebagai responden kedua bagi tuntutan interim hadanah dan induk hadanah. Imbas kembali, Hafidz Roshdi, 30, sah bercerai talak satu dengan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, pada 27 Julai 2023. Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 3. Hafidz kemudian mendirikan rumah tangga kali kedua dengan wanita bernama Athirah Yuhada, pada 15 Disember lalu. Sumber : OhBulan |


matjerk replied at 26-3-2024 01:24 PM
Alolololo ye ke anak2 hang kata gitu??
So bg la hak lawatan bermalam kat abah kandung dorang... kena ...
missbigrockstar replied at 26-3-2024 01:29 PM
Lain maciam bunyi nya
Utk umar ke utk mommy nya?
aritu kata trauma,pastu kata serabut tpi merata up nak laki
gunala nama anak utk coverlinetipah89 replied at 26-3-2024 01:40 PM
aku ni pun menyampah dgn shu ni, tapi kan aku percaya je, sebab anak kawan aku pun mcm tu, anak tung ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 01:06 AM GMT+8 , Processed in 2.095393 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.