Baru-baru ini, pelakon Zarina Zainuddin mendedahkan pembantu rumahnya telah melarikan diri dan turut membawa barangan peribadi aktres itu bersamanya. Terbaru, wanita tersebut tampil memberi penjelasan dan mendakwa dia melarikan diri dari rumah majikannya itu kerana tidak tahan dipukul. Kata Rahayu, dia sering dipukul oleh anak Zarina yang menghidap autisme iaitu Azil malah turut mendakwa mempunyai bukti badannya terdapat kesan lebam. "Saya lari kerana sudah dipukul oleh anaknya. Saya mempunyai bukti dipukul menerusi gambar-gambar yang diambil." Rahayu memuat naik penjelasan tersebut di TikTok namun difahamkan telah memadam hantaran itu beberapa jam kemudian. Selain menjelaskan sebab dia melarikan diri, Rahayu juga turut menafikan tuduhan bahawa dia mencuri barang-barang milik bekas majikannya itu sebelum keluar dari rumah. "Sehelai habuk pun saya tidak bawa lari keluar daripada rumah Zarina dan jika benar saya mencuri, kenapa tidak laporkan pada pihak polis. "Kenapa selepas enam bulan saya keluar dari rumah itu barulah dia mahu mengungkit tentang hal ini?" Dalam pada itu, Rahaya berkata dia tampil memberi penjelasan itu kerana telah difitnah oleh Zarina menyebabkan nama baiknya tercalar. Terdahulu, aktres berusia 53 tahun itu menerusi Instagram telah mendedahkan bahawa wanita berasal dari Indonesia tersebut telah menghilangkan diri dan turut mencuri barangannya. SUMBER : mStar/Beautifulnara |
bawaku_terbang replied at 25-3-2024 08:13 PM
akhirnya ada isu sendiri. tayah sebok2 dah komen isu retis lain ya acik
noor2 replied at 25-3-2024 07:25 PM
Mmg anak dia x betul...mak dia pun dia pukul...org gaji lagi la
cmf_premierleag replied at 25-3-2024 09:21 PM
Sblm kene bunuh, baik la bibik dia blah je awal2
Nak confront dgn zarina amazon ni buang masa je s ...
ADVERTISEMENT