|
Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed menegur sikap segelintir netizen agar tidak menjadi hakim dan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman kepada orang lain, sehingga membuatkan seseorang itu mengalami gangguan emosi dan bertindak di luar kawalan. Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd. Bakri Syed Ishak berkata demikian ketika dihubungi untuk mengulas tentang kelakuan pelakon sensasi, Fatiya Latiff yang menggertak untuk keluar dari agama Islam atau murtad, selepas mendakwa tidak tahan dengan tohmahan dan kecaman netizen. Jelas Syed, jika perbuatan pelakon itu untuk keluar Islam adalah disebabkan kecaman orang ramai, maka netizen akan bertanggungjawab dan mendapat dosa akan perbuatan yang mereka lakukan. “Dari sudut pandangan Islam, tidak boleh dibuat main-main tentang akidah. Maknanya, kalau disebabkan sesuatu itu menjadi asbab untuk Fatiya melakukan dosa, itu tidak dibenarkan dalam hukum syarak.
“Kalau disebabkan kata-kata atau kecaman netizen yang mengutuk atau menjatuhkan hukum sesuka hati, maka netizen juga akan dipertanggungjawabkan jika Fatiya keluar dari agama disebabkan tekanan daripada orang ramai. “Walaupun Fatiya ada melakukan kesalahan, namun netizen tidak ada hak untuk mengecam perkara yang tidak melibatkan perbuatannya, seperti mengutuk fizikal dan sebagainya. Nak menegur, tegur perbuatan. Bukan tegur individu tersebut secara peribadi,” katanya kepada Kosmo! Online.
|





Carcosa replied at 25-3-2024 01:11 PM
Haaa mula dahhh
Engko kan, PuShit, kalo retisss kemain menggelupur pensil kau ek? Mence ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-2-2026 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.621752 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.