CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Sayang Sangat Kat Sejadah Tu..” – Ustaz Azhar Idrus Perjelas Isu Hukum Jemaah Perempuan Enggan Rapatkan Saf Di Masjid

25-3-2024 01:27 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5575| Komen: 14



Tular sebelum ini mengenai satu hantaran berkenaan isu jemaah perempuan yang enggan merapatkan saf sehingga terlihat lompong besar dan berkelompok di sebuah masjid.

Perkongsian tersebut ternyata telah menuai pelbagai respon dalam kalangan warga maya yang rata-rata mengalami situasi yang sama di tempat mereka.


Berikutan itu, pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus tampil memberi respon dan penjelasan mengenai isu berkenaan di mana beliau memaklumkan bahawa makmum perlulah berganjak dan merapatkan saf untuk mendapatkan solat yang lebih kusyuk.



"Kalau kebetulan kena berganjak, jadi perlulah berganjak. Biar sahaja orang lain duduk atas sejadah kita. Tengok ada lompong, kita bergerak dan tinggalkan sejadah. Biarkan kaki lebih kurang sejengkal, tumit kiri dan kanan juga sejengkal. Jangan duduk renggang, sembahyang jemaah kena rapatkan saf, dengan rapatkan saf kita lebih khusyuk."

Dalam pada itu, Ustaz Azhar Idrus juga menjelaskan mengenai hukum tidak merapatkan saf ketika solat berjemaah.


"Hukumnya kalau sengaja, makruh perbuatan tersebut. Paling penting sekali rapatkan saf dan luruskan saf."

"Kerana nabi kata kalau tidak lurus maka hati kita jadi bengkang bengkok. Jika tidak rapat maka kita tidak rapat sesama kita."

SUMBER : TikTok/Beautifulnara


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 25-3-2024 04:14 PM
Cara penuhkan saf, orang belakang gerak ke depan bila depan kosong. Baru cepat penuh saf.

Kadang kalau orang yang tak paham, tak mampu nak kata apa. Imam dah angkat takbir, depa dok terpinga pinga kita panggil ke depan. Risau saf dia lompong. Bila ko ke depan, orang belakang kau akan ke depan, dan begitulah seterusnya.

Kalau ada line akhir takde kawan, solat sorang2 dia pasal tak muat masuk saf, baru pi belakang, teman member tu bentukkan saf.

Banyak nya orang nak rapat kan saf banyak kesah kan kesot kanan ke kiri ke, tapi tak tengok saf depan lompong. Ada juga kisahkan panas nak angin. Sejadah tak berganjak pun satu.
Quote rosmahisham 25-3-2024 09:28 PM
Edited by rosmahisham at 25-3-2024 09:33 PM

Benda2 gini bkn dh belajar kat sekolah rendah/menengah ke?  kat rmh x biasa berjemaah bln posa g sejid gini la jdnya..klu bdk boarding school in sha Allah pahammm.sbb hari2  ada je solat berjemaah! Ke indon yg ramai2 g sejid tu, yg x tau cara2 solat jemaah! ni bila kita suruh dia kedpn buat muka la..geleng kepala, x nak x phm aku!yg anak dara lg kekwat yg bdk sek menengah..buat derk je !geram aku.klu korang g umrah n haji laki bini pon nnti solat sorang2 ye lg mcm2 bangsa ada!pandai2 la ko cari port!
Quote nono86 26-3-2024 02:12 AM
Entah la wei.. dorang ni chop siap2 tempat sejuk, walaupun kat tengah2 saf.. lrpas tu expect orang penuh kan kiri kanan dia. Kalau takde mula la dia kecoh kuit2 orang belakang suh penuhkan saf depan dia.. nak sejuk duk rumah kau aje la kak, tak payah menyemak kat tempat orang nak solat berjemaah.. tu tak campur lagi spesis bentang sejadah untuk anak bawah umo 5 tahun, yang solat satu dua rakaat, selwbihnya duk baring2.. kesian orang terputus saf sebab anak kau duk tengah2 tu..
Quote B40tastePosh 26-3-2024 03:26 AM
Sebelah sebelah tu berpotensi untuk jadi madu...so better stay alone, dan berjaga jaga.

Quote supernaturalee 26-3-2024 10:40 AM
esbok replied at 25-3-2024 04:14 PM
Cara penuhkan saf, orang belakang gerak ke depan bila depan kosong. Baru cepat penuh saf.

Kadang ka ...

ade sekali tu jemaah ada kosong sblh ioltgk blkg ada sorg tak naik bangun lg
iol tgk die
pahtu die pandang ke lain
masa tu plk imam dh takbir, dh start baca fatihah dah
dpd nk tgu die so terpaksa la iol yg isi kosong tu
means gerak ke kiri sbb iol dlm group sblh kanan

sejenis xnk gerak ke depan
especially klu yg 0 tu saf pertama



Quote She-Ra 26-3-2024 10:43 AM
biasanya aku akan panggil je acik2 adik2 kedepan bila nampak ada kosong
ada tu sb sebaris dgn kwn2.. takmo pecah kongsi, padahal boleh je sorg dua kedepan penuhkan saf, yg belakang tu stay jela.. bkn tak jumpa pun lepas abis solat/terawih
Quote krustykrab 26-3-2024 10:49 AM
Haramkn bawak/guna sejadah waktu berjemaah, bole tak?
Quote diss69 26-3-2024 11:02 AM
nono86 replied at 26-3-2024 02:12 AM
Entah la wei.. dorang ni chop siap2 tempat sejuk, walaupun kat tengah2 saf.. lrpas tu expect orang p ...

Prnh jadi kat akk,kita yg duduk saf belakang disuruhnya gerak ke depan...yg dia xnk berganjak ke depan...mcm ada cap mohor tmptnya kat situ...
Quote intan_smsb 26-3-2024 11:05 AM
aku ade terbaca komen yg pasal sejadah SK tu
Quote rashiman 26-3-2024 11:06 AM
mungkin antara sebabnya, ada yg datang sekeluarga....mereka takut nak berpisah ...
takut susah nak cari selepas sholat....
Quote mamaazim 26-3-2024 11:18 AM
tempat i iols alhamdullilah masing2 faham, bila lepas solat sunat tu masing2 dah start rapatkan saf utk solat fardu. kalau lepas solat sunat terawikh pulak kalau yg buat 8 tu masing2 menyusup ke tepi atau ke belakang mengundur bagi org penuhkan pulak saf depan.
Quote renko 26-3-2024 11:22 AM
rashiman replied at 26-3-2024 11:06 AM
mungkin antara sebabnya, ada yg datang sekeluarga....mereka takut nak berpisah ...
takut susah nak c ...

jemaah kat rumah jelah bai
Quote esbok 26-3-2024 12:14 PM
supernaturalee replied at 26-3-2024 10:40 AM
ade sekali tu jemaah ada kosong sblh ioltgk blkg ada sorg tak naik bangun lg
iol tgk die
pahtu die ...

Pernah la kena.
Kalau satu slot ok lagi nak kesot, kene yang slot muat dua orang lagi, mcm mana pulak nak isi haaaa.
Kesot ni satu la, dah jadi kerja satu saf tu kene berganjak berirama.

Solat di saf yang pertama mempunyai begitu banyak kelebihan seperti yang disebutkan oleh banyak riwayat. Antaranya seperti yang disebutkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
‏ لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الأَوَّلِ، ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلاَّ أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لاَسْتَهَمُوا
Maksudnya: Sekiranya manusia mengetahui apa (kebaikan) yang terdapat pada azan dan saf yang pertama, kemudian mereka tidak mendapati cara untuk mendapatkan ia melainkan dengan mencabut undi, pasti mereka akan mencabut undi.





Quote supernaturalee 26-3-2024 02:08 PM
esbok replied at 26-3-2024 12:14 PM
Pernah la kena.
Kalau satu slot ok lagi nak kesot, kene yang slot muat dua orang lagi, mcm mana pu ...

ganjak berirama
that is so true

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.061344 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top