Pelakon Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman atau lebih dikenali sebagai Oktovia Manrose umum hamil cahaya mata ketiga. Menerusi laporan mStar Online, wanita berusia 32 tahun itu turut mendedahkan kandungannya kini sudah memasuki usia lima bulan dan dijangka bersalin pada Julai depan. “Alhamdulillah sedang berisi, sekarang saya tengah mengandung. “Usia kandungan sudah pun masuk lima bulan,” katanya ketika ditemubual mStar Online. Dalam pada itu, Oktovia memberitahu dia bukan berahsia mengenai kehamilannya sebaliknya sudah jarang mengemas kini tentang kehidupan peribadi di media sosial. “Saya rasa lebih tenang apabila menjauhkan diri daripada media sosial selepas sedar bukan semua perkara perlu dipaparkan kepada umum,” tambah pelakon Tuan Petri Saadong itu. Dia menjelaskan, tidak semestinya semua benda harus dikongsi di media sosial kerana kehidupannya sekarang dalam keadaan baik dan tenang sahaja. Berkongsi mengenai aktiviti sepanjang Ramadan, Oktovia mahu memperbanyakkan aktiviti yang dapat menambah pahala seperti mengaji al-Quran, mengikuti ceramah agama, solat tarawih berjemaah dan sebagainya.
|
pinkpunk replied at 22-3-2024 07:32 AM
muka bapak betul dia ni.. kakak dia cantik
koko2 replied at 22-3-2024 08:40 AM
mata dia seksi... pd aku dia lebih natural beaty berbanding adiknya aprill..
pinkpunk replied at 22-3-2024 07:32 AM
muka bapak betul dia ni.. kakak dia cantik
hokeypokey replied at 23-3-2024 11:16 PM
dh ler cantik, suara pun seksi..
kerani_je replied at 22-3-2024 08:56 AM
Die ada kakak ke? Bukan die ke sulung? Maksud u aprena ke cantik?Tak silap aprena tu adik die..Apr ...
Beribear replied at 22-3-2024 12:53 PM
Taklh in real life adik beradik manrose ni lagi lawa dari senrose. Pernah jumpa oktovia depan² lepa ...
AWEKSAMURAI replied at 24-3-2024 06:28 AM
Masa oktovia ni d tuduh dgn laki si anu terpaling salena Gomez tu ..dia kwen baru dh ke atau belum ...
koko2 replied at 22-3-2024 08:40 AM
mata dia seksi... pd aku dia lebih natural beaty berbanding adiknya aprill..
pichee replied at 24-3-2024 09:21 AM
blm.. tme tu die bru nk naik.. tgh hot2 lg. i suka muka octavia sbb muka sexy ..
ADVERTISEMENT