Meledak isu penyondol membabitkan pasangan selebriti, pelakon Rozita Che Wan berpendapat memang wujud segelintir wanita yang kebulur untuk memiliki hak orang lain. Malah ujar pemilik nama lengkapnya Rozita Abu Bakar, 51, keadaan itu boleh dikatakan menjadi lumrah bahawa golongan wanita suka melihat kaumnya sendiri jatuh dan terluka. “Macam ni, perempuan kalau dah memang suka hak orang, gasak macam mana pun tetap nak rampas, selalunya hanya wanita yang akan menyakiti hati perempuan lain, itu saja saya boleh cakap. “Kebanyakan orang terdekat dengan kita adalah individu yang akan merampas hak kita sebab dia tahu kehidupan, keadaan dan harta benda suami kita, jadi hati-hatilah. “Macam saya tiada kawan perempuan, semua pondan, jangan salahkan sebelah pihak, salahkan kedua-dua. Saya sangat setuju kalau nak boikot penyondol, sesuai muka dia,” katanya kepada Kosmo! Online.
Ditanya sama ada dia memeriksa telefon bimbit suaminya yang juga pelakon, Zain Saidin, aktres yang mesra disapa Che Ta itu menggeleng kepala seraya menegaskan meletakkan kepercayaan terhadap Zain Saidin. “Saya memang percayakan Zain, begitu juga sebaliknya. Masing-masing tahu batasan sebagai individu yang sudah berkeluarga. “Saya memang tiada masa nak periksa mesej di telefon suami, tetapi dia tahu saya akan melenting kalau dia buat yang bukan-bukan. “Saya dah beritahu dia siap-siap, kalau ada orang sampaikan maklumat dan ‘kantoi’, maka cukuplah setakat itu, tiada penerangan yang saya akan terima,” ujarnya pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Asnaf, baru-baru ini.
|
AbukRokok replied at 21-3-2024 02:04 PM
ramai je jantan terdesak layan pondan
xtau la kenapa boleh tersedak layan pondan
rumahbiru replied at 21-3-2024 01:57 PM
pondan pon bahaya cheqta oi.... hang taktahu lagi penangan pondan...yang lurus boleh jadi bengkok oi ...
kepompong replied at 21-3-2024 02:08 PM
kek fondant tu keluar masuk rumah che ta tak?? jgn kang kantoi fondant ngan jen pulak
rumahbiru replied at 21-3-2024 02:10 PM
choi
kepompong replied at 21-3-2024 02:15 PM
chuols percaya ke dgn fondant2 tu... i tak caya langsung! even lelaki gagah perkasa badan kekar be ...
kepompong replied at 21-3-2024 02:15 PM
chuols percaya ke dgn fondant2 tu... i tak caya langsung! even lelaki gagah perkasa badan kekar be ...
Mimo.mimo replied at 21-3-2024 02:20 PM
Ke usha anak cheta?
ADVERTISEMENT