CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Assalamualaikum Papa Megah Holding” – Mustapha Kamal ‘Tayang’ Anak-Anak Ketika Berbuka Puasa, Ramai Peminat Cuba Nasib Jadi Menantu

21-3-2024 09:16 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 28264| Komen: 59



Pelakon berkaliber, Mustapha Kamal baru-baru ini ada berkongsi dengan pengikutnya di media sosial TikTok perihal anak-anaknya ketika mereka berbuka puasa di satu lokasi dipercayai sebuah hotel di ibu kota.

Dalam video tersebut, pelakon yang sering membawa watak Datuk dan orang-orang kaya ini memaparkan anak-anak bersama isteri, Datin Susan Manen duduk bersama-sama menantikan waktu berbuka puasa.

"Salam 6 Ramadan. Family Megah Holding Original tukar selera."


Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji kecantikan dan ketampanan anak-anak aktor itu yang seakan-akan ‘mat saleh’.



Netizen juga memuji kecantikan awet muda isteri Mustapha Kamal iaitu pelakon Susan Manen yang tidak lekang dek usia.

Malah, ada yang berseloroh untuk menjadi menantu kepada aktor itu!

SUMBER : TikTok/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 21-3-2024 01:10 AM
Masa muda maknya mmg lawo bapak nya ensem.. tp anak2 beshe je tp bolehla
Quote ninajaybee 21-3-2024 01:17 AM
Over benar pujian tu. Siapa yang beria memuji? Kat IG post dia takde pun.
Quote mzzenma 21-3-2024 05:19 AM
cantik ye susan menon..antara drama sheolls yg mzz ingat tirai sutera. Best namati citer tu..

btw anak2 lelaki sheolls dah rupa zain saidin
Quote ladybugz 21-3-2024 06:43 AM
Subhanallah what a beautiful family. semoga dilindungi dan di pelihara Allah sentiasa.
Quote drivethru 21-3-2024 07:11 AM
Anak lelaki muka macam zain saidin.
Quote adeqbun 21-3-2024 07:49 AM
elok2 belaka..mmg the real papa megah holding..xleh bg kat lain dh title tu
Quote kikuri 21-3-2024 08:22 AM
cantik betul susan menon...
Quote syamzana 21-3-2024 08:30 AM
susan mmg cun betul zaman muda even dah tua ni pun still nmpk indah.
tapi dia berlakon agak kayu dulu bagi iols

suka tgk anak branak berkumpul camni nmpk happy tenang.
Quote justchu 21-3-2024 08:31 AM
bole la nok lawa bertingkek juga la
compare dgn anak kak keyem
atau anak2 memey omang
Quote annabellaruz2 21-3-2024 08:37 AM
Anak pompuan dia upgrade sikit pada rupa mak dia masa muda dulu...
Ramai ye? Artis2 yg makin hensem dan lawa bila umur menginjak naik.
Ada duit boleh la adjust rupa sikit.
Quote ezacbee 21-3-2024 08:55 AM
Teringat iklan silky girl ke apa? Yg mak lagi cun dpd gf. Memang betul pun mak mmg cun menggoda, anak lak kering dan comot. Sh amani vs susan menon.. dafi pilih sapa xtaulaa..
Quote talapia 21-3-2024 09:00 AM
syamzana replied at 21-3-2024 08:30 AM
susan mmg cun betul zaman muda even dah tua ni pun still nmpk indah.
tapi dia berlakon agak kayu dul ...

hehehe..zaman dia dulu muka Pan Asian meletup2 walau lakonan kayu jati..
Tapi sheols ni memang lawa la.. dah tua ni pon muka mcm x berubah.. lawa.. manis..
anak2 dia nampak muka mix la.. muka orka gitu..
Quote Roan 21-3-2024 09:10 AM
Aku gelak je komen netizen kat Tik Tok siap tanya lagi siapa akan waris Megah Holding
Quote HoneyManjer 21-3-2024 09:22 AM
comey la...
hati kita bagi bersih sikit bulan romadon nih...
Quote She-Ra 21-3-2024 09:52 AM
Roan replied at 21-3-2024 09:10 AM
Aku gelak je komen netizen kat Tik Tok  siap tanya lagi siapa akan waris Megah Holding

tau takpeee
cerita lejen kot.. cerita yg takde kaitan dgn MK pun org sebut megah holding

Quote black_handbag 21-3-2024 10:34 AM
anak dia yg muka sebijik datin susan tu lawa. mmg boleh jadi retis tu kalau nak

baidewei susan menon ni umo berapa ye. sbb i pernah jumpa dia depan2, lawa kulit tegang lagi walau dah beranak pinak
Quote black_handbag 21-3-2024 10:35 AM
oh i baru google. susan menon umo tahun ni dah 50. wow lawa kalau 50 macam tu
Quote freyayong 21-3-2024 11:07 AM
lawa menten eh susan ni... anak pompuan dia yg sorg tu lawa...
Quote fadz84 21-3-2024 11:10 AM
mzzenma replied at 21-3-2024 05:19 AM
cantik ye susan menon..antara drama sheolls yg mzz ingat tirai sutera. Best namati citer tu..

btw a ...

Yg drama pasal dunia modelling tu ke? Dlm drama model2 tu Susan Menon mati kena bunuh kan..

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.064059 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top